Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Jejak Sandakan Heritage Trail Santai Bersama Family

Sandakan sebenarnya ada banyak lokasi yang meanrik untuk anda kunjungi. Bagi yang belum sampai ke Sandakan, Sabah, anda kena ambil peluang kalau berkesempatan ke sana. Boleh baca entry lama MrJocko tentang Apa Yang Ada Di Sandakan.

MrJocko dan famili santai meneroka apa yang ada di Bandar Sandakan. Dari Hotel City View, tempat kami menginap, kami jalan dalam 500 meter dan kami menjejak Sandakan Heritage Trail ini.

Baca : Tempat Menarik Di Sandakan Sabah

Jejak Sandakan Heritage Trail Santai Bersama Family

Sandakan Heritage Trail

 

Sandakan Heritage Trail
Pengalaman bersama wife dan anak-anak sama-sama menjejaki Sandakan Heritage Trail ini umpama aktiviti santai kami sebelah petang. Ada hampir 100 anak tangga yang perlu kami daki dan dipenghujungnya adalah puncak yang menuju ke beberapa kawasan tumpuan pelancong di Sandakan.
Anda tak perlu pergi jauh kalau di Sandakan kerana lokasi tumpuan pelancong banyak terdapat di sekitar bandar Sandakan. Jadi, kalau anda ke Sandakan untuk tempoh masa sehari dua, tidak perlu untuk menyewa kereta atau kenderaan lain kerana boleh menaiki teksi bandar Sandakan dengan mudah.

 

Malaysia Travel Blogger

 

Sandakan Heritage Trail

 

Sandakan Heritage Trail

 

 

Sandakan Heritage Trail

 

Malaysia Travel Blogger
Di akhir perjalanan kami, kami singgah di Rumah Agnes Keith, penulis buku yang terkenal Sabah : The Land Below The Wind. Di hujung trek Sandakan Heritage ini juga sebenarnya ada menara tinjau yang membolehkan anda melihat bandar Sandakan dan laut dari puncak. Ia memang sesuatu yang menarik dan perlu anda cuba.
Kalau ada peluang, mesti ke Sandakan. Paling menarik, menu seafood di sini pelbagai dan sangat murah.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.