Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sang Thai Seafood Restoran Tepi Pantai Terbaik Di Hua Hin

Makanan laut adalah antara tarikan utama pelancong kalau ke Hua Hin, di Wilayah Prachuap Khiri Khan. Memandangkan kawasan ini adalah kawasan tepi pantai menghadap Laut China Selatan yang memang banyak hasil laut, menu seafood menjadi pilihan utama di sini. Kalau ke Hua Hin, mesti la cuba makan makanan laut seperti ikan siakap, kerapu, ketam, udang, sotong, oyster, lobster dan macam-macam lagi.

 

Antara restoran makanan laut yang terkenal ialah Sang Thai Seafood, yang terletak betul-betul di persisir pantai dan jeti nelayan. Kawasan ini memang ada banyak restoran-restoran makanan laut lain, tetapi pihak Tourism Thailand mencadangkan kami singgah makan di Sang Thai Seafood.

 

 

 

 

 

Kawasan makan di Sang Thai Seafood ini boleh dikatakan agak besar dan boleh memuatkan hampir 300 orang dan mempunyai ruang parkir yang besar, boleh menempatkan banyak kenderaan. Anda boleh memilih untuk duduk di dalam atau luar tepi persisir pantai untuk pengalaman makan malam terbaik di Sang Tahi Seafood. Rezeki kami, dapat meja betul-betul di tepi persisir pantai Hua Hin untuk makan malam di sini.

 

 

 

Sang_Thai_Seafood

 

Sang_Thai_Seafood

 

Malam pertama di Hua Hin, kami mencuba menu Ikan Siakap Goreng, Ketam Goreng Kari, Telur Ayam Goreng Kerang, Lala Goreng dan juga Tomyam Goong yang memang sedap. Tak ketinggalan, kerabu mangga.

 

Kalau anda tengok pun mungkin anda akan nampak rasa menu makanan laut ini yang sedap, apatah lagi peluang MrJocko untuk merasai sendiri menu makanan laut ini di Sang Thai Seafood Hua Hin.

 

 

 

 

Ternyata, merasai makan malam di Sang Thai Seafood dengan menu makanan laut yang segar sangat berbaloi. Jika lokasi ini menjadi tumpuan warga Bangkok untuk datang setiap hujung minggu, ia memang berbaloi untuk apa yang mereka bayar.

 

Ini adalah kerana di restoran seafood Hua Hin ada banyak pilihan menu makanan laut dan pelbagai cara masak yang sememangnya sedap-sedap belaka. Yang lebih utama, harga menu makanan laut di sini murah berbanding Bangkok dan murah berbanding Kuala Lumpur.

 

Kalau anda ke Hua Hin, jangan lupa singgah makan makanan laut di restoran tepi pantai Hua Hin ini yang terletak di Fishing Pier, Hua Hin 77110, Thailand.

 

 

 

Sang_Thai_Seafood

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.