Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Sangat Best Berbasikal Di Sun Moon Lake Taiwan

MrJocko memang pernah sampai Taiwan, tetapi tidak pernah sampai di Sun Moon Lake, Taichung. MrJocko juga pernah berbasikal, tetapi tidak pernah berbasikal di Taiwan. Kali ini, peluang MrJocko berbasikal di Sun Moon Lake Taiwan.

Pengalaman yang sangat best bila dapat berbasikal di Sun Moon Lake Taiwan sempena dengan 2014 Taiwan Cycling Festival. Dengan festival berbasikal ini, MrJocko sertai lebih dari 5,000 penunggang basikal lain sempena acara tahunan di Sun Moon Lake ini.

Baca : Berbasikal Di Samut Prakan Bangkok

 



 

Pengalaman Sangat Best Berbasikal Di Sun Moon Lake Taiwan

berbasikal_sun_moon_lake_taiwan

Sun Moon Lake Taiwan

Pengalaman sendiri berbasikal sejauh 6 kilometer dengan kawasan yang dingin dan kabus sejuk memang mengujakan. Tidak boleh digambarkan dengan kata-kata, cuma yang boleh MrJocko cakap, ia pengalaman berbasikal MrJocko yang terbaik setakat ini, melebihi pengalaman berbasikal di Malaysia, Indonesia, Thailand dan juga di Vietnam.

Banyak yang MrJocko nak kongsi tentang 2014 Taiwan Cycling Festival yang berlangsung di Tasik Sun Moon ini, tetapi belum ada masa. Harap tunggu di entry yang akan datang.

Andainya anda seorang yang suka menunggang basikal, boleh cuba trek di Sun Moon Lake sejauh 30 kilometer untuk berbasikal. Anda pasti terpesona ;).

Syarikat penerbangan tambang murah terbaik di Asia, AirAsiaX menawarkan penerbangan pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Taipei sebanyak 2 penerbangan setiap hari.

Trip Murah Ke Taiwan
Taiwan The Heart of Asia
One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.