Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Santai Di Old Town White Coffee Pantai Dalam

Old Town White Coffee Pantai Dalam

Sabtu, minggu lepas kebetulan klien call ajak minum dan bagitahu nak invest. So, aku on jer, cuma aku cakap kat dia, aku kena bawak my kids pasal wife aku kerja hari tu. Since klien tu kawan-kawan yang kenal aku jugak, dia kata OK pasal nak jumpa sign borang sahaja, kerana sebelum tu aku dah explain semua dah pasal investment ni.

Tempat kami nak jumpa di Old Town White Coffee di Pantai Dalam. Cafe OTWC ni sebelah jalan besar nak menuju ke UOA Bangsar South dan memang senang nak cari. Cafe ni besar tetapi aku rasa masalah utama kat sini, nak cari parking. 

 

Old Town White Coffee Pantai Dalam

 

Old Town White Coffee Pantai Dalam

 

Old Town White Coffee Pantai Dalam

Kawasan cafe ni memang besar. Ruang bawah boleh memuatkan hampir 100 orang dan korang boleh pilih samada nak duduk meja bulat atau sofa yang di sediakan. Pilih mana satu korang nak lepak. Kalau tak cukup, boleh naik ke tingkat atas dan cari meja di kawasan atas.

Masa aku jumpa klien sebelah pagi, so, orang masih tak ramai. Senang nak cari meja, lepak dan pekena kopi. Sementara aku layan klien, my kids layan YouTube Kartun Mr Bean kat iPad. Kat Old Town White Coffee kan ada Wifi Percuma.

 

Old Town White Coffee Pantai Dalam

 

Old Town White Coffee Pantai Dalam

Lepas ni boleh la lepak sana lagi, rasa macam tenang sikit tak macam OTWC lain pasal kawasan ni fully aircond dan besar. Jom ke OTWC Pantai Dalam…

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.