Sapporo TV Tower Hokkaido Menara TV Paling Tinggi Di Hokkaido
|Jepun juga terkenal dengan binaan menara. Sejak dari dulu, menara dibina untuk hubungan komunikasi dan juga untuk dijadikan stesen pemancar TV. Antara yang terkenal ialah Sapporo TV Tower Hokkaido Menara TV Paling Tinggi Di Hokkaido pada satu masa dahulu.
Sapporo TV Tower (さっぽろテレビ塔 Sapporo Terebi-tō), telah dibina pada tahun 1957. Ia dibina setinggi 147.2 meter dan punyai ruang ‘menara pemerhati’ (observation deck) di ketinggian 90.38 meter.
Sapporo TV Tower Hokkaido
Menara terkenal di Sapporo ini terletak di lokasi Odori Park, bahagian Utara bandar Sapporo, Hokkaido, Japan.
Menara Sapporo TV Tower Hokkaido ini dibuka kepada pelancong. Untuk info, dari atas menara ini, pelancong boleh melihat pemandangan 360 darjah bandar Sapporo dan juga Odori Park.
Baca : MrJocko dan Menara Di Dunia
Harga tiket masuk ke Sapporo TV Tower Hokkaido ialah sekitar JPY700 (MYR25) bagi dewasa dan JPY300 (MYR10) untuk Kanak-kanak Sekolah Rendah. Ia dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 10.00 malam. Tempat ini akan ditutup mengikut tarikh tertentu. Jadi, boleh semak di laman web mereka di sini https://www.tv-tower.co.jp/en/guidance/
Walaupun bangunan menara Sapporo TV Tower ni agak lama, tetapi ia masih punyai tarikan tersendiri. Ia menjadi satu kemegahan rakyat Hokkaido yang mana binaan bangunan ini ada punya persamaan dengan Menara Eiffel di Paris.
Yang menarik di atas menara Observation Deck, and boleh membeli cenderahati dan juga membuat Token Coins sendiri menggunakan Sapporo TV Tower memento token coins (JPY400) dan juga Elongated coins (JPY200) yang hanya ada di puncak menara Sapporo TV Tower.
Dengan nilai JPY700, berbaloi juga naik ke sini. Pengalaman baru dengan pemandangan Sapporo yang sayup mata memandang. Kalau anda jenis yang takut tinggi, tak ada masalah. Rasanya observation deck di sini agak biasa dan tiada gelas kaca ti pelantar, seperti di Menara Taipei 101.
Info lebih lanjut tentang apa yang menari di Sapporo TV Tower dan juga sekitar bandar Sapporo, boleh baca di pautan link ini Sapporo TV Tower. Yang pasti, berada di atas menara Observation Decks di Sapporo TV Tover ni buatkan view menarik di Hokkaido menarik perhatian sesiapa sahaja.