Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sarawak Longgarkan Syarat Kemasukan Pelancong Tempatan

Sarawak Longgarkan Syarat Kemasukan Pelancong Tempatan. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak atau Sarawak’s State Disaster Management Committee (SDMC) telah mengumumkan bahawa berkuat kuasa serta-merta mulai 14 Januari, rakyat Malaysia yang memasuki negeri ini tidak lagi perlu memohon melalui EnterSarawak jika mereka tidak mempunyai sejarah melancong ke luar negara sejak 14 hari lalu.

Ini terpakai kepada bukan warganegara Malaysia yang telah berada di negara ini selama lebih daripada 14 hari.

Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) melihat ini sebagai perkembangan positif untuk menggiatkan semula sektor pelancongannya.

Yakin dengan pemulihan industri pelancongan pada 2022, Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Sharzede Datu Salleh Askor percaya ini akan menjadikan perjalanan ke Sarawak lebih lancar.

Baca : Tempat Menarik Di Negeri Sarawak

Sumber : Mice Malaysia Beyond

Sarawak Longgarkan Syarat Kemasukan Pelancong Tempatan

 


Sarawak Longgarkan Syarat Kemasukan Pelancong Tempatan

Sarawak Longgarkan Syarat Kemasukan Pelancong Tempatan
Kredit Gambar : Bernama

Sarawak Longgarkan Syarat Kemasukan Pelancong Tempatan

“Kami yakin langkah ini akan memberi petanda baik untuk seluruh negeri dan untuk pelancongan Sarawak sambil kami terus mempergiatkan mempromosikan destinasi pelancongan kami ke pasaran domestik pada 2022.

“Kami akan mengetengahkan lagi budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan dan perayaan, yang unik untuk Sarawak.”

Mengikut keperluan perjalanan SDMC, masih wajib bagi mereka yang memasuki Sarawak untuk mengisi Borang Pengisytiharan e-Kesihatan. Individu juga mesti diberi vaksin sepenuhnya dan status vaksinasi mereka akan diperiksa di lapangan terbang.
 

Sarawak Longgarkan Syarat Kemasukan Pelancong Tempatan
Pemandangan Bandaraya Kuching Waktu Malam

Kali terakhir saya ke Sarawak pada tahun 2017 ketika penggambaran program TV Nota Kembara Bersama MrJocko. Dari Luching kami bergerak ke Sematan, Lundu, Bau, Serian, Seriam, Pantu, Engkilili, Saratok, Sarikei, Sibu, Dalat hingga ke Mukah.

Sarawak, memnag terkenal dengan budaya yang pelbagai dan unik di Malaysia. Nak lihat etnik pribumi asli di Malaysia Timur, Sarawak antara lokasi wajib lawat untuk anda semua.

Dengan kelonggaran syarat kemasukkan pelancong tempatan (rakyat Malaysia) ke negeri Sawarak, pasti akan buka pintu pelancongan domestik di negeri Kenyalang ini. Lokasi pelancongan popular di Sarawak sudah banyak dibuka untuk orang awam dan sedia untuk dilawati dengan SOP ketat ekoran endemik Covid-19.

Berminat nak tahu lebih lanjut, sila masuk ke laman web Lembaga Pelancongan Sarawak, untuk maklumat terkini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.