Ramai yang pernah ke Guangzhou pasti akan setuju kalau saya kata, Mesti Cuba Sate Kambing Halal Zhanxi Lu Guangzhou. Sate Kambing ini terletak antara bangunan sekitar pusat borong Zhanxi Lu. Kalau dah pusing 2 – 3 kali kat situ, pasti akan nampak orang beratur untuk Sate Kambing Zhanxi Lu.
Mungkin ada yang akan tanya tentang status Halal Sate Kambing ini. Setakat ini, ia sudah well known dan menjadi salah satu ikon street food, halal muslim di Zhanxi Lu. Tukang masak dan owner gerai ini adalah Muslim dari Xinjiang katanya.
Baca : Tempat Borong Mainan Murah di Guangzhou
Sate Kambing Halal Zhanxi Lu Guangzhou
Baca : MrJocko dan Food Review Makanan Halal
Lokasi street food ni adalah gerai biasa sahaja. Ia mempunyai tempat membakar sate yang besar dan berada di bawah pokok, berhadapan bangunan Huiying Commercial Building dan juga tepi jalan Zhanxi Road (Zhan Xi Lu). Kalau nak ke bangunan yang memborong pakaian, beg dan kasut sekitar ini, pasti akan nampak kepulan asap hasil dari membakar daging kambing.


Baca : Trip ke Guangzhou
Harga secucuk cuma CNY5 (MYR2.97). Kalau ikut harga, ia dah berpatutan, memandangkan kualiti daging yang di masak memang segar. Berbaloi sebab ia daging kambing biri-biri dan punyai rasa yang sangat sedap. Tiada kuah, ia hanya dibakar dengan rempah rahsia mereka, datang dari menu asli orang Islam di Xinjiang katanya.
Kalau nak rasa, kena bayar dulu dengan membuat tempahan dan menunggu ia dibakar. Tak lama, selepas 2 – 3 minit, anda akan dapat merasa sendiri antara Sate Kambing paling sedap di Dunia, hanya di Guangzhou.
Video kami makan Sate Kambing di Zhanxi Lu Guangzhou. Kalau korang tengok, tak terliur lagi, tak tahu lah. Bukan sahaja daging kambing ni masak sempurna, ia tak liat, lembut, juicy dan ada rempah, pedas sedikit membuatkan ia jadi menu pilihan ramai pelancong di Zhanxi Lu.
Kalau nak pergi, cari saja lokasi Zhanxi Road di Google Maps Sate Kambing Guangzhou
[…] Baca : Makan Sate Kambing Halal Di Guangzhou […]