Akibat Rosak Sikit Je Satu Enjin Kena Repair
|Minggu lepas, kereta MrJocko alami kemalangan kecil. Masa wife drive nak ke tempat kerja, dia terlanggar bonggol di kawasan pembinaan jalanraya berdekatan rumah. Akibat Rosak Sikit Je Satu Enjin Kena Repair.
Kesannya, tangki ‘Oil Sum’ dibawah bahagian enjin kereta pecah akibat rempuhan yang agak kuat. Tak sampai 5 minit selepas itu enjin mati tiba-tiba. Terus tak boleh nak jalan. Jem terus.
Nak tak nak kereta kena Towing hingga ke bengkel berkaitan. Selepas dibawa ke bengkel, pomen tu cakap banyak benda nak kena tukar. Timing belt, valve, nak kena full overhaul dan macam-macam lagi kena tukar. Berapa kos untuk reair semua tu? Kata Pomen Workshop tu, kesemuanya RM4,000. Adoiii…
Oleh itu, kalau anda memandu, sila berhati-hati. Jaga enjin kereta anda dengan baik dan servis ikut jadual. Kalau tidak, sekali rosak teruk, pening kepala jugak nak repair.
Ni nak kena kerja keras lagi. Nak buat sales sebanyak mungkin dan harap-harap dapat la rezeki lebih bulan ni untuk bayar kos repair kereta. Tak pun, harap-harap dapat lagi extra Advertorial dan buffered earning dari Nuffnang :). Ameen…
Sent from my BlackBerry smartphone
Glamorous MrJocko