Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Satu Orang, 2-3-4 Kerja

Pagi tadi on da way datang ofis aku terdengar PakNil, Ray dan Hanif di ERA FM.

Tajuk pagi ni, Dua kerja atau lebih, pada satu masa. Cam menarik kerana, ada kena mengena dengan aku.

Kalau dah duk kat KL, aku rasa rata2 ramai yang buat banyak keja dalam satu masa. Kenapa? Kalau aku, pasal keperluan hidup di KL makin lama makin mahal dan mencabar.
Macam aku, ada kerja tetap. Dalam masa sama aku ada lesen U*******t Consultant. Boleh la buat part time dan ambik peluang yang ada. Dengan imbuhan dua2 kerja ni, boleh la buat bayar rumah, kereta, bils api, air, phones, Astro dan lain lain lagi.
Aku rasa, secara umum, setakat kerja di sektor awam dan swasta, imbuhan pendapatan yang di terima setiap bulan cukup untuk menampung kehidupan seharian. Namun, kalau nak hidup dalam keadaan mewah dan lebih selesa, kita terpaksa la bahagi masa untuk buat kerja tambahan.
Kalau artis pulak, ramai yang jadi penyanyi, pastu jadi pelakon. Yang pelakon pulak, seboleh2 nak jadi penyanyi. Ada yang lagi berbakat, jadi pengacara rancangan TV. Itu semua kan buat banyak kerja dalam satu masa.

Saper2 yang nak buat banyak kerja dalam satu masa tu, boleh aja. Pilihan di tangan kita, kerana pengalaman aku, kalau time kita senang, ramai kawan di sisi. Kalau time susah, jangan kata bayang, lubang hidung kawan pun susah nak nampak. Cuma kalau boleh, pandai agihkan masa dan buat kerja tak lebih dari 2 kerja dalam satu masa. Kalau lebih dari 2, aku yakin, korang takkan bleh concentrate.
Jangan kerja kuat, tetapi hasil yillek,,,

Thanks…

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.