Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Satu Pagi Bersama #BuddyzAizat Di Tasik Titiwangsa

Sabtu lepas seawal jam 9.00 pagi MrJocko dijemput ke majlis DiGi. Kali ni, DiGi menganjurkan “Up Close and Personal with Aizat Amdan” di Taman Tasik Titiwangsa. Event ni bersempena dengan penggambaran DiGi #BuddyzAizat Drama Production yang dibuat di tempat yang sama.

Bila sampai je, satu kawasan tempat lokasi penggambaran berubah menjadi warna Kuning. Sana sini terlihat banner kuning, ada payung kuning, van kuning dan ramai juga rakan blogger datang dengan baju warna kuning. Serba serbi kuning.
Yang paling bertuah, ramai rakan blogger dan jemputan berpeluang untuk sama-sama sertai DiGi #BuddyzAizat Drama Production ni. Masing-masing terlibat dalam dua tiga scene dalam penggambaran ini. Nampaknya semua akan jadi terkenal.
Aksi Aizat Amdan dengan petikan gitar akustik dan juga paluan muzik tambahan seperti gendang, membuatkan rakaman video itu nampak santai, sempoi tetapi tetap meriah.

Tunggu dalam masa terdekat ni akan ada Iklan atau Clips Video hasil dari event DiGi #BuddyzAizat ini. Samada di TV atau di YouTube, anda boleh saksikan Aizat dan rakan-rakan #BuddyzAizat di dalam penggambaran ini. 
2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.