Saya Review Camera Insta360 Nano Edisi iOS Gambar Dan Video
|Gaya hidup aktif dan juga perkongsian gambar dan video di laman sosial semakin menjadi trend terkini. Sebab itu, MrJocko berminat untuk Review Camera Insta360 Nano Edisi iOS. Ini adalah beberapa koleksi Gambar dan Video yang sempat MrJocko rakam menggunakan kamera Insta360 Nano Edisi iOS menggunakan iPhone 6.
Kali ini MrJocko sempat review untuk rakam gambar panorama, rakam gambar 360, ambil video 360 dan juga guna apps untuk rakam gambar jadi ‘tiny world’ dengan kamera Insta360 ini.
Sebelum cerita panjang, lihat dulu beberapa keping gambar dari kamera Insta360 Nano ini.
Kalau anda nak tahu apa yang ada dalam kotak Insta360 Nano ini, boleh tengok gambar di bawah. Set Insta360 Nano ini datang peranti Camera 360, Manual, Warranty Card, VR Box dan juga kantung untuk anda simpan dan bawa Insta360 Nano anda dengan mudah dan selamat.
Harga yang di tawarkan untuk set ini cuma RM950 dan Insta360 Nano hanya untuk pengguna iPhone 5, iPhone 5s, iPhone 6, iPhone 6 plus, iPhone 6s, iPhone 6s Plus dan juga iPhone 7 serta iPhone 7 Plus.
Anda boleh beli Insta360 Nano ini di beberapa lokasi terpilih seperti di :
Mac Studio Bangsar Shopping Center (03-2282-1799)
Mac Studio BB Park @ Jalan Bukit Bintang (03-2143-5799)
Mac Studi Paradigm Mall
Mac Studio Jaya One Petaling Jaya
Midvalley Megamall
One Utama Shopping Centre
MyChameleon Publika
Topmaid Computer Sdn Bhd Lowyat Plaza
Best bila guna kamera Insta360 Nano ini. Senang bawa ke mana-mana. Bila nak guna, sambungkan sahaja Insta360 Nano ke smartphone iOS anda dan guna applikasi Insta360 Nano. Snap gambar dan rakam video dengan InstaVideo dan boleh kongsi ke laman Facebook atau YouTube anda secara LIVE. Untuk aplikasi seperti Instagram, anda kena edit dulu.
Kualiti gambar dan Video memang lebih ‘sharp’. Ia terang dan jelas serta lebih bagus dari kualiti Ricoh Theta 360.
Review Camera Insta360 Nano Edisi iOS
Insta360 baru sahaja menerima Anugerah Inovasi dalam kategori VR di CES 2017 Las Vegas. Ini antara pengiktirafan yang membuktikan bahawa Insta360 Nano memang berkualiti.
It’s an honor to announce that the Insta 360 Nano has received the coveted Innovation Honoree Award in the Virtual Reality category at CES 2017 in Las Vegas.
“The Insta360 Nano is the world’s first 3K camera to shoot and livestream virtual reality and panoramic stills and videos directly from an iPhone with one-click sharing to social media channels. Its packaging can also be converted into a VR viewer to experience immersive videos and stills with ease”
Nak lihat koleksi video yang saya rakam dan update di Facebook? Anda boleh klik link di bawah : –
Indoor
Outdoor