Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pelancaran Scarf Machine Aidijuma Tudung Bawal Murah

Jenama Aidijuma, tudung bawal yang kini terkenal di Malaysia tidak asing lagi kepada semua rakyat Malaysia, khususnya wanita yang berhijab. Peminat tudung Bawal Aidijuma ini bukan sahaja golongan yang sudah berkerja, tetapi terkenal dikalangan pelajar-pelajar khusunya pelajar IPT, Kolej dan pelajar sekolah.

Dengan jualan harga runcit tudung Bawal Aidijuma bermula serendah harga RM10 sahaja, ia adalah tudung bawal mampu milik dan murah untuk semua.

pelancaran-scarf-machine-aidijuma-01

pelancaran-scarf-machine-aidijuma-02

pelancaran-scarf-machine-aidijuma-03

pelancaran-scarf-machine-aidijuma-04

pelancaran-scarf-machine-aidijuma-05

Semalam, 5 Mac 2016, sejarah baru tercipta apabila pihak Aidijuma memperkenalkan Scarf Machine Aidijuma iaitu truck yang akan menjadi kiosk bergerak mereka untuk menjual koleksi tudung bawal ini ke serata pelusuk negara.

Dengan rekaan dan modifikasi khas truck besar ini, ia akan menjadi satu lagi titik tolak penggerak jenama tudung bawal Aidijuma kepada bakal pelanggan mereka di seluruh negara. Makcik di kampung, mungkin selepas ini juga boleh mendapatkan koleksi tudung bawal murah Aidijuma sebagai pilihan tudung cantik untuk mereka.

 

pelancaran-scarf-machine-aidijuma-siti-nurhaliza-01
Dato Siti Nurhaliza

pelancaran-scarf-machine-aidijuma-siti-nurhaliza-02

Datin Norjuma, sebagai pengasas tudung Aidijuma ini, yakin dengan konsep baru ini boleh memberikan peluang kepada peminat tudung bawal Aidijuma yang berada jauh dari Kuala Lumpur untuk mendapatkan koleksi tudung bawal Aidijuma.

Bersama-sama dalam majlis Pelancaran Scarf Machine Truck Aidijuma ini ialah bapa Datin Norjuma dan juga penyanyi tersohor negara Dato Siti Nurhaliza.

Tidak lupa, Datin Norjuma juga turut menyampaikan MockUp Tiket Penerbangan ke Paris kepada 20 Wakil Stokis Aidijuma yang telah terpilih dalam kempen jualan Aidijuma baru-baru ini.

Scarf Machine Aidijuma

Scarf Machine Aidijuma

Ruang Piazza The Curve Mutiara Damansara gamat dengan majlis Pelancaran Scarf Machine ini dan juga dengan kemurahan hati pihak Aidijuma yang memberikan ribuan koleksi tudung bawal Aidijuma secara PERCUMA kepada orang ramai di majlis pelancaran tersebut. Terima kasih buat Aidijuma.

Jadi, untuk makcik-makcik, kakak-kakak dan adik yang mahukan koleksi tudung bawal murah Aidijuma ini, tunggu pengumuman road tour Scarf Machine Aidijuma ini di lokasi anda. Ikuti laman Fanpage Facebook Tudung Aidijuma dan Instagram @Aidijuma @BlossomBox untuk maklumat lanjut.

Layari Tudung Aidijuma

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.