Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Scoot Airlines Akan Terbang Dari Singapura Ke Berlin Guna Pesawat Boeing 787 Dreamliner

Scoot Airlines Akan Terbang Dari Singapura Ke Berlin Guna Pesawat Boeing 787 Dreamliner. Ini antara info terbaru yang akan memberikan senyuman kepada ramai pengembara dan mereka yang selalu mengunjungi negara Jerman (Germany).

Scoot Airline, Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik Asia Pasifik buat empat tahun berturut-turut dan bahagian penerbangan kos rendah Singapore Airlines (SIA), bercadang untuk melebarkan sayapnya ke destinasi kedua di Eropah dan destinasi jarak jauh ketiga mereka. Destinasi terbaru Scoot Airline ialah ke Berlin, Jerman. Ia dijangka akan mula beroperasi pada separuh kedua tahun 2018.

Baca : Air Terjun Jewel di Changi Airport Jadi Tarikan Dunia

Scoot Airlines Akan Terbang Dari Singapura Ke Berlin

scoot airlines to berlin
Scoot Airline Akan Terbang Dari Singapura Ke Berlin Guna Pesawat Boeing 787 Dreamliner

 

Cadangan penerbangan sebanyak empat kali seminggu di antara Singapura ke Berlin akan dikendalikan dengan menggunakan pesawat Boeing 787 Dreamliner. Namun ia tertakluk kepada kelulusan kawal selia Berlin. Jika ia tidak punyai masalah, destinasi ini bakal menjadi destinasi keempat Kumpulan SIA di Jerman, selepas Düsseldorf, Frankfurt dan Munich, yang dikendalikan oleh SIA.

En. Lee Lik Hsin, Ketua Pegawai Eksekutif Scoot, berkata, “Penggabungan Scoot dengan Tigerair Singapore pada awal tahun ini telah mengukuhkan kedudukan kami untuk melancarkan dan mengekalkan operasi jarak jauh kami. Athens telah memenuhi jangkaan kami manakala tempahan bagi penerbangan ke Honolulu amat menggalakkan. Kami berbesar hati untuk membawakan budaya Scootitude kami yang unik ke Berlin dan tidak sabar untuk melancarkan tambang nilai hebat terkenal Scoot!” Scoot bercadang untuk melancarkan jualan bagi Berlin pada suku pertama pada 2018.

Jerman ialah sebuah negara yang merupakan antara ekonomi terbesar di Eropah. Manakala Berlin merupakan hab inovasi teknologi di Eropah dan mempunyai budaya keusahawanan dan perniagaan baharu yang kukuh. Warisan sejarah Berlin memang tiada bandingan dan bandar raya ini juga terkenal kerana khazanah seni dan budayanya, selayaknya digelar “Bandar Raya Seni Reka Bentuk” oleh UNESCO pada 2006 dan telah dimasukkan dalam rangkaian Bandar Raya Kreatif UNESCO.

Baca : Pengalaman Bercuti MrJocko di Singapura

 

Scoot Airlines Akan Terbang Dari Singapura Ke Berlin
Scoot Airlines Akan Terbang Dari Singapura Ke Berlin Guna Pesawat Boeing 787 Dreamliner

Scoot Airlines Akan Terbang Dari Singapura Ke Berlin

 

Rangkaian laluan semasa Scoot terdiri daripada 62 destinasi merangkumi sebanyak 16 buah negara dengan perkhidmatan ke Honolulu yang akan dilancarkan pada bulan Disember 2017, dan penerbangan ke Kuantan yang akan bermula pada Februari 2018. Scoot mengendalikan angkatan 16 pesawat 787 Dreamliners dan 23 pesawat rangkaian Airbus A320, dengan empat lagi pesawat Boeing 787 Dreamliner dan 39 pesawat Airbus A320 Neo yang sudah ditempah.

Dengan pengumuman terbaru dari Scoot Airline (FlyScoot) ini, ia merupakan peluang terbaik untuk penumpang dari Singapura, Malaysia, Indonesia dan juga Brunei untuk terbang ke Berlin, Jerman dengan pilihan harga yang murah dengan khidmat servis penerbangan 787 Dreamliner yang baru daripada Scoot Airline.

Layari laman web Scoot Airlines untuk maklumat lanjut dan boleh buat tempahan penerbangan ke Athens, Honolulu serta banyak lagi destinasi lain di www.flyscoot.com

Untuk sementara waktu, belum lagi diputuskan berapa harga tiket yang akan ditawarkan bagi penerbangan Scoot Airlines Singapura ke Berlin. Pada anggaran MrJocko, ia mungkin dijual dengan harga promosi khas sekitar SGD299 untuk penerbangan satu hala.Nak tahu harga sebenar, kena tunggu tawaran promosi murah Scoot Airlines pada awal tahun 2018 nanti.

Baca Pengalaman MrJocko Terbang bersama Scoot Airlines 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.