Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Scoot Inaugural Flight Ke Athens Greece Dari Singapura

Syarikat penerbangan Scoot hari ini meraikan satu lagi mercu jaya penting dengan penerbangan pertama ke bandar raya bersejarah Athens, Greece, pagi ini. Ini ialah penerbangan Scoot Inaugural Flight Ke Athens Greece Dari Singapura. Selain daripada menjadi satu-satunya syarikat penerbangan yang terbang tanpa henti antara Singapura dan Athens, penerbangan ini juga merupakan laluan pertamanya ke destinasi Eropah dan penerbangan jarak jauh yang pertama.

Penerbangan ini dikendalikan dengan menggunakan pesawat Boeing 787 Dreamliner terbaru Scoot. Ia adalah penerbangan selama 11 jam 30 minit dan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapura setiap Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad.

Baca : Tempat Menarik di Athens, Greece.

 


Untuk info, pesawat ini diberi nama sempena penerbangan pertama bersejarah ini, iaitu Mous-Scoot-Ka yang diilhamkan oleh Moussaka, sajian terkenal masyarakat Greek.  Penumpang penerbangan sulung ini menerima layanan mesra “Scootitude” (staff Scoot dan Kru penerbangan Scoot) termasuk pelbagai ‘peraduan dan permainan’ dalam penerbangan yang menawarkan hadiah yang menarik.

Scoot Inaugural Flight Ke Athens Greece Dari Singapura

Scoot Inaugural Flight Ke Athens Greece

 

“Buat masa ini, Scoot merupakan satu-satunya syarikat penerbangan dan penerbangan kos rendah yang menyediakan laluan terus antara Asia Tenggara dan Greece menerusi penerbangan tanpa henti antara Singapura dan Athens,” kata En. Lee Lik Hsin, Ketua Pegawai Eksekutif, Scoot.

“Dengan permulaan penerbangan jarak jauh kami, Scoot merancang untuk melancarkan lima lagi destinasi baru tahun depan, termasuk satu destinasi jarak jauh dan empat laluan jarak dekat dan sederhana. Semua penerbangan ini akan menyediakan pilihan baru bagi pengembara Asia dan juga Eropah, bermula dengan perkhidmatan Singapura ke Athens.”

Pesawat 787 Dreamliner Mous-Scoot-Ka telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Athens (AIA) kira-kira jam 8.45am waktu Greece (1.45pm waktu Singapura). Pesawat 787 Dreamliner Scoot mendapat sambutan yang meriah dengan penghormatan tembakan air di AIA dan juga Parti Moussaka Greece yang nyata menggembirakan semua penumpang Scoot.

Sempena dengan Scoot Inaugural Flight ke Athens ini, untuk memastikan para tetamu dapat menjamu selera dengan hidangan lazat dalam perjalanan jarak jauh ini, Scoot telah memperkenalkan pilihan sajian yang boleh dibeli oleh penumpang bersama tiket penerbangan mereka. Sajian jarak jauh ini menawarkan dua kombinasi yang terdiri daripada hidangan deluks dengan dua sajian sampingan, dan hidangan ringan dengan dua snek dan minuman. Sesuai dengan destinasi baru ini, hidangan makanan Greece tradisional seperti salad Greek dan Moussaka telah disertakan dalam menu Scoot Café untuk laluan ini. Hidangan yang ditawarkan boleh dipesan terlebih dahulu sehingga 72 jam sebelum penerbangan.

 

Baca : Pengalaman Terbang ke Athens dengan FlyScoot

Scoot Inaugural Flight Athens Scoot Inaugural Flight Athens Scoot Inaugural Flight Athens Scoot Inaugural Flight Athens

 

MrJocko sendiri merasai pengalaman menu diatas penerbangan Scoot dari Singapura ke Athens. Ada menu halal yang sedap dan juga pilihan servis WiFi Onboard yang awesome. Baca di sini http://www.mrjocko.com/2017/06/penerbangan-singapore-ke-athens-scoot-wifi.html

scoot inaugural flight athens scoot inaugural flight athens

 

Sebagai sebuah destinasi, Athens memberi peluang kepada pengguna untuk menyelami keindahan dan kepelbagaian sejarah Greece. Bandar raya ini terkenal dengan tapak bersejarah seperti Acropolis Athens, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO, yang memaparkan bangunan silam yang penting dari segi seni binanya termasuk, binaan Pathenon yang ikonik. Para pengunjung juga boleh menikmati cita rasa unik sajian Greek, yang mengetengahkan hasil keluaran asli Greece seperti makanan laut, bijian, sayur-sayuran dan daging.  Athens ialah bandar raya pintu masuk yang sesuai untuk mengunjungi bahagian lain Greece termasuk kepulauan indah Mykonos dan Santorini, dan bandar raya lain di Eropah.

Perkembangan rangkaian Scoot adalah berasaskan kejayaan penggabungan Scoot dan Tigerair sejak Mei 2016.  Rangkaian teguh Tigerair di Asia Tenggara menyediakan asas kukuh bagi menghubungkan penumpang ke penerbangan jarak jauh yang dikendalikan oleh Scoot.  Dengan menambah Athens dalam laluan penerbangannya, rangkaian Scoot dan syarikat penerbangan sekutunya Tigerair kini mempunyai rangkaian 60 destinasi di 17 negara.

Langkah memperkenalkan penerbangan ke Athens menandakan satu lembaran baru dalam sejarah Scoot. Banyak lagi yang akan kami tawarkan kepada pelanggan, dan kami bakal melancarkan inisiatif yagn dirancang dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Untuk meraikan penerbangan sulungnya, Scoot menawarkan tambang sehala Economy yang menarik ke Athens daripada harga serendah RM830 dari Kuala Lumpur, RM835 dari Pulau Pinang, RM875 dari Langkawi dan RM938 dari Ipoh. Promosi bermula sekarang hingga 30 Jun 2017. Untuk maklumat lanjut dan menempah penerbangan anda yang akan datang, sila layari laman web rasmi FlyScoot www.flyscoot.com

5 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.