Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Scoot Terbang Ke Berlin Jom Terbang Bersama FlyScoot

Scoot, Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik Asia/Pasifik telah mengukuhkan lagi komitmennya terhadap pasaran Malaysia dengan menawarkan lebih banyak penerbangan yang selesa dan bernilai hebat untuk melancong ke destinasi jarak jauh melalui Singapura. Ini termasuklah penerbangan baharu ke Berlin yang amat dinanti-nantikan. Scoot Terbang Ke Berlin Jom Terbang Bersama FlyScoot. Penerbangan yang baharu dilancarkan ini dijadualkan untuk berlepas pada 20 Jun 2018.

Perkhidmatan empat kali seminggu ini akan beroperasi pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad. Penerbangan TR734 akan berlepas dari Singapura pada jam 12.25 pagi dan tiba di Berlin pada 7.20 pagi waktu tempatan. Penerbangan pulang TR735 pula akan berlepas dari Berlin pada jam 9.40 pagi dan akan tiba di Singapura pada 3.45 pagi (+ 1) waktu tempatan. Scoot juga telah menawarkan sebanyak empat penerbangan sehari untuk memudahkan penumpang Malaysia menaiki penerbangan sambungan ke Berlin.

Baca : Percutian Wishlist Travel Blogger

Scoot Terbang Ke Berlin Jom Terbang Bersama FlyScoot

scoot terbang ke berlin

Baca Pengalaman Terbang Dengan Scoot Airlines

Encik Vinod Kannan, Ketua Pegawai Komersial Scoot, berkata, “Scoot tekad dalam memenuhi permintaan pasaran Malaysia dengan menawarkan laluan penerbangan baharu, termasuk destinasi jarak jauh ke bandar raya popular di Eropah; bermula dengan Athens pada Jun lepas dan kini Berlin, untuk memanfaatkan pelanggan dengan penerbangan tambang rendah. Dengan laluan baharu ini, Scoot menjadi satu-satunya syarikat penerbangan kos rendah yang menawarkan penerbangan tanpa henti antara Asia Tenggara dan Berlin.”

Encik Chun Hoy Yuen, Pengarah Pemasaran & Jualan, Pejabat Pelancongan Negara Jerman (ASEAN), berkata “Laluan baharu ini pasti akan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk melancong ke Jerman dengan mengunjungi Berlin, destinasi menarik yang kaya dengan warisan sejarah dan budaya. Pelancong Malaysia boleh melawat mercu tanda terkenal seperti Brandenburg Gate, Memorial Tembok Berlin dan Kubah Reichstag. Pada 2017, pelancong Malaysia mencatatkan 72,000 kunjungan ke Jerman. Angka ini dijangka meningkat pada 2018. Begitu juga sebaliknya, penerbangan ini juga akan membuka peluang kepada warga Eropah untuk mengunjungi Asia dan menghayati keindahan dan kepelbagaian daya tarikan di rantau ini.”

Penerbangan Singapura-Berlin akan menggunakan Boeing 787 Dreamliner, pesawat dua lorong serba luas dengan ciri-ciri terkini serba canggih khas untuk penerbangan jarak jauh, termasuk Wi-Fi dalam pesawat, kebolehan untuk mengecas alat elektrik di tempat duduk dan hiburan ScooTV dalam penerbangan yang disalurkan terus ke peranti milik penumpang.

Untuk penerbangan 13 jam dari Singapura ke Berlin, penumpang boleh memilih kelas ekonomi yang berlepas dari lima bandar raya Malaysia – Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Langkawi dan Kuching dengan tambang serendah RM1,807, dua hala termasuk cukai. Manakala kelas ScootBiz yang menyediakan tempat duduk berkulit penuh dengan jarak antara baris 38” serta bagasi daftar masuk seberat 30kg termasuk makanan dan minuman berharga serendah RM6,204, dua hala termasuk cukai berlepas dari Singapura.

scoot terbang ke berlin

scoot terbang ke berlin

promosi scoot terbang ke berlin
 

Encik Vinod Kannan, Ketua Pegawai Komersial Scoot, berkata, “Penerbangan terbaharu kami ke Kuching dan Kuantan, memberikan penekanan bahawa pentingnya pasaran Malaysia kepada Scoot dalam usaha kami untuk menjana pertumbuhan. Pada tahun-tahun yang akan datang, kami berharap untuk terus menawarkan lebih banyak laluan penerbangan baharu yang menarik kepada pelanggan kami, dengan perkhidmatan yang ceria dan unik untuk mencerminkan jenama, produk inovatif dan kakitangan kami.”

Selepas menyempurnakan penggabungan dengan Tigerair pada Julai lalu, Scoot kini terbang ke 63 destinasi di 17 negara dan wilayah, menggunakan angkatan pesawat campuran yang terdiri daripada 16 pesawat Boeing 787 Dreamliner, dan 24 pesawat rangkaian Airbus 320, manakala empat lagi Boeing 787 Dreamliner dan 39 pesawat Airbus A320neo dalam tempahan. Dengan rancangan peluasan rangkaian ini, pelanggan Scoot boleh memilih lebih banyak destinasi di samping kemudahan untuk menaiki penerbangan sambungan ke Singapura untuk menuju ke destinasi jarak sederhana dan jauh seperti Australia, China, Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat.

Untuk maklumat lanjut mengenai Scoot, sila layari Scoot Airlines FlySCoot.

Jadual penerbangan bagi perkhidmatan Singapura-Berlin adalah seperti berikut:

scoot terbang ke berlin

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.