Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Scoot To Berlin Penerbangan Baru Dari Changi Ke Berlin Germany

Scoot To Berlin Penerbangan Baru Dari Changi Ke Berlin Germany. Berita terbaru dari meja Scoot Airlines Singapura. Scoot, Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik Asia Pasifik untuk empat tahun berturut-turut dan bahagian penerbangan kos rendah Singapore Airlines (SIA), telah melancarkan jualan tiket ke Berlin, Jerman, iaitu destinasi jarak jauh ketiganya yang dinanti-nantikan! Penerbangan tanpa henti antara Singapura ke Berlin ini dijadualkan pada 20 Jun 2018.

Antara tambang promosi yang ditawarkan sempena pelancaran ini ialah tambang sehala termasuk cukai dari Malaysia (Ipoh, Kuching, Kuala Lumpur, Langkawi, dan Pulau Pinang) serendah RM 1,099 untuk kelas Ekonomi FLY, tidak termasuk bagasi dan makanan. Tambang ini ditawarkan selagi tiket masih ada dan akan dijual mulai hari ini sehingga 31 Januari 2018, untuk tempoh perjalanan dari 20 Jun hingga 26 Oktober 2018. Untuk menikmati potongan 10% tambahan bagi tambang FLYBAG dan FLYBAGEAT, taip kod promosi ‘GOBERLIN’.

Baca : Pengalaman Terbang Dengan Scoot Airlines #FlyScoot

Scoot To Berlin Penerbangan Baru Dari Changi Ke Berlin Germany

Scoot To Berlin Penerbangan Baru Dari Changi Ke Berlin Germany
Scoot To Berlin Penerbangan Baru Dari Changi Ke Berlin Germany

 

Berlin bakal menjadi destinasi keempat Kumpulan SIA di Jerman, selepas Düsseldorf, Frankfurt dan Munich, yang dikendalikan oleh SIA. Penumpang penerbangan pergi balik empat kali seminggu antara Singapura-Berlin akan menggunakan pesawat Boeing 787 Dreamliner dwilorong berbadan lebar, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kawal selia.

Baca Scoot Jual Tiket Ke Berlin Germany

Pesawat 787 Dreamliner yang lapang dan mengetengahkan inovasi terkini menyediakan pengalaman kembara lebih selesa, seperti tahap kelembapan dan tekanan kabin lebih mesra untuk penumpang, tingkap luas yang boleh dimalapkan cahaya, bunyi bising 20% lebih rendah dan ruang simpanan bagasi yang secukupnya. Pesawat 787 Dreamliner milik Scoot juga menawarkan beberapa kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai untuk perjalanan jarak jauh, seperti Wi-Fi dalam penerbangan, kebolehan untuk mengecas alat elektrik di tempat duduk dan hiburan ScooTV dalam penerbangan yang disalurkan terus ke peranti milik penumpang. Penumpang boleh memilih kelas ScootBiz dengan tempat duduk berkulit penuh berjarak 38” di antara baris tempat duduk yang disediakan dengan bagasi daftar masuk seberat 30kg bersama makanan dan minuman, ataupun menikmati perjalanan tenang dalam zon senyap kelas Ekonomi ScootinSilence dengan jarak antara baris tempat duduk 31” hingga 35”.

Baca : MrJocko Terbang ke Athen dengan FlyScoot

 

En. Lee Lik Hsin, Ketua Pegawai Eksekutif Scoot, berkata, “Model perniagaan jarak jauh kos rendah Scoot akhirnya dilancarkan enam bulan lepas menerusi penerbangan kami ke Athens dan Honolulu. Kedua-dua destinasi ini telah memenuhi jangkaan kami dan penumpang kami memberitahu bahawa pesawat 787 Dreamliner menjadi faktor utama yang menyakinkan mereka untuk menaiki penerbangan jarak jauh kos rendah. Menerusi penerbangan ke Berlin, kami meneruskan misi kami untuk menawarkan lebih banyak pilihan penerbangan jarak jauh kos rendah yang bernilai hebat, membawakan khidmat penerbangan kos rendah kepada lebih ramai pengembara supaya mereka boleh menikmati yang luar biasa!”

Rangkaian laluan Scoot yang sedia ada merangkumi 63 destinasi di 17 negara, dengan penerbangan ke Kuantan bakal bermula pada Februari 2018. Scoot mengendalikan angkatan 16 pesawat Boeing 787 Dreamliner dan 24 pesawat rangkaian Airbus A320, dengan empat lagi Boeing 787 Dreamliner dan 39 Airbus A320neo dalam tempahan.

Jadual penerbangan bagi perkhidmatan Singapura-Berlin adalah seperti berikut:

Sektor Berlepas Tiba Kekerapan
Singapura – Berlin 12.20 pg 7.25 pg Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad
Berlin – Singapura 9.25 pg 3.35 pg (+1) Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad

 

Maklumat lanjut tentang Scoot, boleh layari laman web rasmi mereka di FlyScoot.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.