Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sea Life Bangkok Ocean World Dunia Lautan Yang Menarik

Lebih daripada sekadar pengalaman menyaksikan kehidupan di bawah air, SEA LIFE Bangkok Ocean World adalah habitat kepada pelbagai aktiviti hidupan laut yang terbentang luas. Di sini, ada banyak pilihan untuk anda di mana anda boleh memilih keseronokan dan keajaiban menanti di setiap kedalaman laut di sini.

Pengalaman di SEA LIFE Bangkok Ocean World akan membuatkan anda kagum dengan pelbagai pengembaraan hidupan laut yang ditawarkan di sini.

Sea Life Bangkok Ocean World Dunia Lautan Yang Menarik

Sea Life Ocean World Bangkok 01
Sea Life Bangkok

 

Sudah pasti anda akan berkunjung ke SEA LIFE Bangkok Ocean World ini kerana ia menyediakan pelbagai yang menarik termasuk King Crab, Penguins, Ikan Jerung dan pelbagai hidupan laut lain yang menarik.

Nak dapatkan harga hotel yang BERBALOI semasa di Bangkok, anda booking di AGODA

Sea Life Bangkok Ocean World

 

Sea Life Ocean World Bangkok 02 Sea Life Ocean World Bangkok 03

 

Di sini, anda boleh memulakan perjalanan anda ke dunia bawah laut yang menakjubkan dengan melihat Ketam Giant Spider dan Giant Octopus Pasifik. Makhluk-makhluk akuatik ini memukau sesiapa sahaja, tambah lagi kanak-kanak dengan keupayaan mereka untuk camoflage (menyamar) diri mereka dengan batu-batu sekitar dan ciri-ciri hidupan laut yang lain.

Untuk anda yang berani, SEA LIFE Bangkok Ocean World mencabar anda untuk berani berjalan-jalan ke bawah “Shark Walk” di sini. Terdapat satu lembaran cermin nipis acyrlic memisahkan anda dengan lima jenis jerung yang terletak di dalam tangki akuarium di bawah kaki anda. Cuba berjalan kaki di atasnya dan anda akan rasa keseronokkan dan cabaran. Ini memberi anda peluang untuk berjalan lebih dekat dengan ikan jerung di SEA LIFE Bangkok.

Jadi mengapa tidak datang ke SEA LIFE Bangkok Ocean World dan mengetahui betapa berani anda sebenarnya?

 

Sea Life Ocean World Bangkok 04 Sea Life Ocean World Bangkok 05 Sea Life Ocean World Bangkok 06 Sea Life Ocean World Bangkok 08 Sea Life Ocean World Bangkok 09 Sea Life Ocean World Bangkok 11 Sea Life Bangkok Ocean World Dunia Lautan

Sea Life Bangkok Ocean World Dunia Lautan

 

Sea Life Bangkok Ocean World Yang Menarik

Harga Tiket ke SEA LIFE Bangkok ialah Dewasa 990 Baht dan Kanak-kanak 790 Baht. Ia dibuka setiap hari dari jam 10.00 am sehingga jam 9.00 pm. Kemasukkan akhir pada jam 8.00 pm setiap hari.

Untuk maklumat lanjut tentang SEA LIFE Bangkok, anda boleh terus layaran laman web rasmi mereka di SEA LIFE OCEAN WORLD Bangkok

Address

SEA LIFE Bangkok Ocean World
B1-B2 Floor, Siam Paragon,
991 Rama 1 Rd, Pathumwan,
Bangkok 10330, Thailand.

Phone +662 687 2000

Fax +662 687 2001

Email marketing.bangkok@merlinentertainments.biz

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.