Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Cuba Makan Seafood Bakar Di Pasar Filipino Kota Kinabalu

Semestinya Kota Kinabalu banyak tempat menarik untuk di kunjungi. Salah satunya, Pasar Filipino Kota Kinabalu yang terkenal dengan penjualan barangan kraftangan dan cenderamata. Tapi tahu tak anda, di belakang Pasar Filipino terdapat lokasi Gerai Ikan Bakar yang best dan murah??? 

Sekiranya anda berada di Kota Kinabalu, jangan lepaskan peluang singgah makan makanan laut yang murah di belakang Pasar Filipino. Ada banyak pilihan makanan laut termasuk Ikan, Ketam, Udang, Sotong, Kerang, Kepah dan pelbagai makanan laut lain termasuk ikan pari. Semua murah-murah.

Baca : Food Review Di Kota Kinabalu Sabah

Seafood Bakar Di Pasar Filipino Kota Kinabalu

Seafood Bakar Di Pasar Filipino, Kota Kinabalu

Kalau nak pilih makanan laut di sini, jangan risau. Ada banyak gerai di Seafood Bakar Di Pasar Filipino Kota Kinabalu. Pilih saja mana anda berkenan. Pilih lauk yang anda nak makan dan minta sos samada sos kicap, sos cili atau sos special. Cuba sendiri keenakkan makanan laut yang segar dari laut.

Pasar Filipino Kota Kinabalu

 

pasar-filipino-kota-kinabalu
 

Ikan Bakar Pasar Filipino Kota Kinabalu 

>Harga makanan laut di Pasar Filipino ini memang murah dan ia antara pilihan seafood terkenal di Kota Kinabalu. 

Memang murah dan semestinya anda tak akan menyesal. Kena cuba dulu.

Nak cari lokasi Pasar Filipino di Kota Kinabalu ni pun mudah sahaja. Ia berada di tepi persisir pantai dan di tengah bandar. Tanya orang, pasti akan tahu di mana lokasi Pasar Filipino.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.