Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

7 Sebab Anda Kena Beli Doogee Smartphone

Ada banyak sebab mengapa anda Kena Beli Doogee Smartphone. Doogee (dibaca Duji) sebenarnya baru melancarkan 3 lagi telefon pintar mereka untuk pasaran di Malaysia. Walaupun jenama ini baru, tetapi mereka sudah mempunyai lebih dari 500 wakil niaga di Malaysia dan merancang untuk mempunyai lebih daripada 1,000 wakil niaga di Malaysia menjelang 2017.

MrJocko sempat menghadiri majlis pelancaran dan pengenalan kepada ketiga-tiga telefon pintar baru ini. Ia dikenali dengan nama Doogee T6, Doogee Y200 dan telefon pintar ‘prestasi tinggi’ dinamakan Doogee F7 PRO.

Doogee Smartphone Malaysia

Doogee_Malaysia_Phones

Ada banyak sebab kenapa anda kena beli Doogee Smartphone

Sebab Pertama : Doogee adalah kerana mereka sudah bermula sejak 2002, dimana mereka terlebih dahulu menjadi ‘pengeluar’ kepada produk telefon pintar jenama terkenal

Sebab Kedua : Doogee punyai pusat kajian R&D sendiri sejak tahun 2009, dan menambah pusat rekaan 3 tahun kemudian.

Sebab Ketiga : Doogee memiliki kilang LCD sendiri sejak tahun 2012.

Sebab Keempat : Rekaan telefon Doogee punyai ciri-ciri eksklusif dan menarik.

Sebab Kelima : Spesifikasi telefon pintar Doogee memang mempunyai kualiti terbaik, lebih-lebih lagi terbaru Doogee F7 Pro dengan kuasa CPU Mediatek Helio X20 10-teras PERTAMA di dunia.

Sebab Keenam : Harga telefon pintar yang dijual di Malaysia adalah berpatutan dan mampu beli, dengan harga serendah RM249 Doogee X3, boleh didapati di Lazada.my, http://www.lazada.com.my/doogee-electronics-malaysia/?sort=priceasc&dir=asc

Sebab Ketujuh : Pilihan model pelbagai dari pilihan entry level, medium dan juga telefon pintar ‘pro’ seperti model Doogee F7 Pro yang memang TERBAIK!

Doogee_T6 doogee_t6_malaysia_02 Doogee_T6

Doogee_T6 Doogee_T6 Doogee_T6_Malaysia

Doogee Smartphone Malaysia

Model Doogee T6 adalah telefon pintar mid-range yang menarik dengan paparan skrin HD 5.5 inci, dikuasakan oleh pemproses Quad Core MediaTek dengan Mali-T720 GPU dan dilengkapi dengan 2GB RAM dan 16GB ROM.

Kualiti kamera Doogee T6 mempunyai 13MP kamera belakang dan ia juga mempunyai bateri polimer dengan kapasiti 6250 mAh. Telefon pintar tersebut akan dijual secara eksklusif pada GEMFIVE dalam dua variasi warna yang Mable White dan Titanium Grey dengan harga runcit RM599.

Satu lagi model telefon pintar yang diperkenalkan ialah Doogee Y200,  telefon pintar bersaiz 5.5 inci yang menawarkan paparan skrin HD 720p. Ia dikuasakan oleh Quad Core MediaTek dengan Mali-T720 GPU dan dilengkapi dengan 2GB RAM dan Storan 32GB ROM. Jangan risau, ia mempuyai kuasa bateri 3000 mAh.

Doogee Y200 dibina dengan kamera belakang 13MP dan punyai pengimbas cap jari yang boleh membuka kunci skrin dalam 0.15 saat. Doogee Y200  boleh didapati secara eksklusif di GEMFIVE dengan dua variasi warna yang hitam dan putih dengan harga runcit RM699.

doogee_y200_malaysia doogee_y200_malaysia_review02

Smartphone Doogee Yang Terbaik model Doogee F7 Pro

Telefon pintar yang menjadi pilihan bagi Doogee pada pelancaran ini ialah Doogee F7 Pro. Model ini adalah telefon pintar yang pertama di dunia yang terbina dengan kehebatan Deca-core pemproses Helio X20. Ia menggunakan reka bentuk 2.5D dan ia adalah salah satu daripada telefon pintar yang terbaik yang Doogee pernahhasilkan. 

Doogee F7 Pro punyai spesifikasi 5.7 inci paparan IGZO 1080p, dilengkapi dengan 4GB RAM dan storan 32GB ROM. Ia juga mempunyai sensor cap jari di bahagian belakang peranti yang boleh membuka kunci skrin dalam 0.1 saat. Sangat cepat!!!

doogee_f7_pro_Malaysia doogee_f7_pro_Malaysia_price

Tidak lupa, kualiti terbaik kamera menggunakan 21MP IMX 230 sensor imej yang boleh membantu untuk menangkap gambar yang lebih baik dengan sokongan teknologi PDAF. Kuasa bateri 4000 mAh yang menyokong pengecasan pantas dan ia menggunakan USB Type-C. Model terbaik  Doogee F7 Pro akan berada di pasaran Malaysia pada Suku Kedua 2016 dijangka dijual dengan harga sekitar RM1,600++

Ada keunikkan sedikit dimajlis pelancaran Doogee Smartphone ini kerana MrJocko sendiri tertarik dengan Doogee Smartwatch diberi nama Doogee S1. Ia khabarnya akan menemui pasaran Malaysia pada Suku Kedua 2016 dengan harga pengenalan sekitar RM 599. Tidak lupa, gadget tambahan untuk anda, peranti projektor mini yang dipanggil Smart Cube Pakan mula dijual pada Suku Ketiga 2016 pada harga runcit RM 999.

So, apa lagi, sudah ada pilihan untuk smartphone dan smartwatch yang anda mahu? Cuba dulu lihat jenama Doogee dan nilaikan sendiri.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.