Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Info Travel Sebab Boleh Travel Keluar Negara Musim PKP

Ramai yang tidak tahu, dimusim PKP di Malaysia, ada beberapa keadaan anda dibolehkan untuk travel keluar negara atas beberapa sebab yang tertentu. Saya nak kongsikan Info Travel Sebab Boleh Travel Keluar Negara Musim PKP berdasarkan beberapa syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Malaysia. Ia adalah untuk kelonggaran bagi mereka-mereka yang betul-betul perlu dan penting.

Ya, mungkin sekarang perlaksanaan PKP atau MCO seluruh negara, pintu sempadan ditutup untuk orang awam biasa. Kita beranggapan kapal terbang tidak akan terbang. Namun atas banyak lagi urusan rasmi yang lain, ia masih lagi dibuka untuk tujuan sangat-sangat penting sahaja, atas nasihat badan-badan berkaitan.

info boleh travel keluar negara

Baca : Keperluan Untuk Travel di Musim PKP Malaysia

Info Travel Sebab Boleh Travel Keluar Negara Musim PKP

musim-pkp-boleh-bercuti-luar-negara copy
Sebab Boleh Travel Musim PKP

Sebenarnya dimusim perlaksanaan undang-undang dan dibawah perintah kawalan pergerakan (PKP), rakyat Malaysia dibenarkan untuk travel keluar negara. Tetapi mereka hanya dibenarkan untuk meninggalkan negara jika mereka bekerja, belajar, mesyuarat berkaitan perniagaan, kecemasan atau menemani pelajar.

Sumber : Free Malaysia Today

Ambil contoh apa yang berlaku kepada Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz yang dikatakan kononnya bercuti ke Perancis. Mengikut apa yang saya baca, beliau menggunakan saluran yang sepatutnya memohon untuk keluar negara dengan tujuan yang dibenarkan. Beliau sudah ke luar negara untuk membantu mendaftarkan persekolahan anaknya di Perancis. Ia sesuatu yang dibolehkan namun mengikut syarat dan SOP yang ketat.

Namun, hal berkenaan mungkin menjadi viral sebab beliau orang politik. Sedangkan ramai lagi orang biasa yang telah menguruskan pengajian anak-anak keluar negara turut dibolehkan, asalkan permohonan mereka mengikut peraturan yang disediakan.

Sekiranya anda mempunyai alasan yang kukuh seperti beliau, menguruskan pengajian sendiri atau pengajian anak-anak di luar negara, walaupun ke mana sahaja, ia dibolehkan asal mengikut syarat-syarat ketat yang telah ditetapkan oleh pihak Imigresen Malaysia dan Kerajaan Malaysia. Syarat-syarat dari negara yan gakan dikunjungi juga perlu diikuti, seperti tempoh kuarantin dan sebagainya.

Sebagai contoh, negara Turki menyediakan bilik untuk Swab Test segera di Istanbul Airport untuk penumpang yang mendarat di sana.

Sebab Boleh Travel Keluar Negara Musim PKP

musim-pkp-boleh-bercuti-luar-negara-swab-test
 

Selain dari urusan seperti YB Nazri Aziz menghantar anak belajar, jika anda bekerja di luar negara, anda akan diberikan kelonggaran tersebut. Mereka yang mempunyai mensyuarat penting berkaitan perniagaan juga tertakluk kepada kelonggaran ini. Tetapi ia mengikut pelepasan dari syarat-syarat wajib pihak berkaitan. Kena semak dulu dengan pihak berkenaan.
 

boleh travel keluar negara kecemasan

Kredit Gambar : Berita Harian

Kes kematian keluarga terdekat antara syarat yang dibolehkan untuk travel di musim PKP.
 

Satu lagi, untuk hal-hal kecemasan dalam senarai SOP PKP dan Imigresen, sudah pasti akan mendapat kelonggaran juga. Senarai kecemasan yang dimaksudkan boleh semak sendiri dengan pihak Imigresen untuk memudahkan anda faham.

Mereka yang boleh rentas sempadan dan rentas negara semestinya sudah memiliki surat perlepasan rasmi dari pihak Imigresen berdasarkan peraturan-peraturan yang ketat.

Oleh sebab itu, sebagai rakyat kita kena tahu juga peraturan yang ditetapkan. Ia secara asas nampak sangat ketat, tidak boleh rentas sempadan akibat perlaksanaan PKP atau MCO diseluruh negara. Sedangkan ramai yang tahu, jika berlaku kematian keluarga terdekat, kita masih boleh memohon kebenaran untuk pulang ke kampung (lokasi kematian) atau jika anak-anak dapat tawaran belajar luar dari kawasan kita, ia dibolehkan untuk mendapat kelulusan rentas daerah.

Oh Ya! Pasukan Malaysia akan menyertai Olimpik Tokyo 2020 dalam masa beberapa hari yang akan datang. Mereka juga contoh terbaik, senarai mereka-mereka yang dibenarkan untuk travel keluar negara untuk menyertai sukan berprestij ini di negara Jepun.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.