Sedap Jugak Hardcore Burger TTDI
|Sepanjang bulan puasa, jika korang ada singgah di Pasar Ramadhan TTDI Kuala Lumpur, boleh cuba singgah di gerai Hardcore Burger TTDI. Gerai ni terletak di Jalan Tun Mohd Fuad 4, belakang Balai Bomba TTDI.
Masa MrJocko singgah hari tu, Hardcore Burger menawarkan 7 menu burger bakar yang special. Antaranya BAM Burger, Chicken Mushroom Burger, Fisherman Burger, Bolognese Burger, Roasted Chicken, Grilled Lamb dan semestinya yang paling special, Hardcore Burger.
Rasanya, kalau dilihat cara mereka sediakan burger ini, ia seperti cara membuat Burger Bakar. Lihat kepada saiz dan menu yang disediakan, hampir sama. So, MrJocko boleh andaikan Hardcore Burger di TTDI ni adalah stall burger bakar dengan menyediakan menu dan resipi mereka tersendiri.
Hari tu MrJocko cuba burger bakar, Hardcore Burger. Size memang besar dan harganya RM18.00 sahaja. Ada 2 ketul burger bakar didalamnya. Ada 2 telor mata, sayur, mayonis dan diapit denganroti burger. Rasa sedap, rasa daging bakar dan memang tak habis kalau makan sorang. MrJocko terpaksa kongsi dengan wife.
Nanti korang cuba sendiri burger bakar Hardcore Burger ini, memang berbaloi-baloi.
MrJocko.com
pergghh… patty burger nie tebal gak isinya…. tapi kalau aku prefer amik ayam je laaa….
Aku hari tu mintak special,,, lupa lak daging atau ayam…