Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sedapnya Aiskrim Dan Jus Segar Gelato Fruity

Gelato Fruity Jus Buah Segar

Bagi peminat Aiskrim atau Jus Buahan segar, apa kata singgah di Gelato Fruity. Ada bermacam pilihan aiskrim dan jus buahan segar di Gelato Fruity, yang sememangnya sedap.

Hari minggu lepas, MrJocko bawak my kids jalan-jalan di Midvalley sambil beli barang rumah. Kali ni kami singgah untuk mencuba Aiskrim di Gelato Fruity yang terletak di tingkat satu, berdekatan dengan Centre Point di Midvalley Megamall.

 

Korang boleh pilih saiz cup mana yang korang mahu, tetapi pembelian minima cuma 100 gram sahaja. Banyak pilihan perisa yang ada termasuk vanila, coklat, strawberry, dan macam-macam lagi. Khalisha mintak nak rasa Cioccolato dan Hasya mintak perisa Rocher-Rocher, yg jenis ada banyak kekacang.

Untuk jus buah, kami memilih untuk minum Jus Epal Merah yang sememangnya segar.

 

Gelato Fruits Jus Buah Gelato Sedap

 

 

 

MrJocko rasa harga kat Gelato Fruity ni takda la mahal sangat kerana dengan minima set Cup kecil 100 gram hanya berharga RM6.80 sahaja. Lagipun rasa aiskrimnya memang sedap. Apa kata cuba sendiri bila korang singgah di kiosk Gelato Fruity nanti 🙂

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.