Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sedapnya Menu Di Rumpun Selera Bandar Baru Selayang

Semalam, hari minggu, kami anak beranak singgah makan di Restoran Rumpun Selera Bandar Baru Selayang. Lokasi restoran ni terletak sebelah jer dengan Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Mula-mula sampai, ingatkan ia sebuat restoran masakan nasi campur. Rupanya kat sini pun ada koleksi menu masakan Thai, Western, Ikan Bakar pun ada dan juga menu Takoyaki.  Erm, konsep kedai ni kira campur-campur jugak. Kalau tak masuk, memang tak akan tahu bahawa di dalam ni ada menu lain selain menu nasi.

restoran_rumpun_selera_selayang

Rumpun Selera Bandar Baru Selayang

Memandangkan kami pertama kali singgah sini, untuk kali ni, kami order Kembung Tiga Rasa, Tomyam Campur, Kailan Ikan Masin dan juga Grill Chicken Chop. Air pula kami pilih Lai Chee Kang, Cincau dan Teh O Ais. Ini menu biasa yang kami order kalau makan satu family. Nak order benda lain seperti seafood, selalunya kalau ketam, udang, sotong besar mesti harganya berganda mahal.

Wah!!! Rasanya rasa Tomyam kat sini memang sedap. Terasa originaliti dan rasa masam pedas tomyam seperti di Thailand. Kembung tiga rasa pun sedap. Yang paling mengenyangkan, menu western Grill Chicken Chop. Yummy…

Next time boleh singgah ke sini lagi, restoran Rumpun Selera Bandar Baru Selayang. Lokasinya berada berhadapan dengan Stadium Selayang dan senang sahaja nak cari. Lokasi ruang parkir juga luas dan memang senang nak letak kereta.

 

Rumpun Selera, Bandar Baru Selayang
Rumpun Selera, Bandar Baru Selayang
2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.