Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sedar Atau Tidak, Kita Bekerja Hanya Untuk Membayar Hutang

Sedar Atau Tidak, Kita Bekerja Hanya Untuk Membayar Hutang. Dalam menuju arus kehidupan semasa, materialistik semakin mempengaruhi kita samada dalam kehidupan kita seharian atau cara kita berbelanja. Zaman ini zaman duit, gerak sikit perlu duit. Duduk diam pun kena duit.

 

Dalam seminggu, purata orang Malaysia kerja selama lima hari, rehat sehari dan tidur sehari. Lebih 50 peratus pekerja di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur mempunyai dua kerja iaitu kerja hakiki sepenuh masa dan kerja parttime. Semua kerana desakan kos sara hidup semasa.

 

 

Baca : Artikel Tentang Financial di Blog MrJocko

kerja-untuk-bayar-hutang-01

Oleh sebab desakan hidup ini, ramai yang merungut kerana pendapatan bulanan tidak dapat menampung kos sebenar sara hidup. Rata-rata kita mempunyai Pinjaman yang perlu dilunaskan kepada Bank atau Institusi Kewangan.

 

Antara kos yang perlu kita bayar setiap bulan seperti Pinjaman Rumah atau Sewa Rumah, Pinjaman Kereta, Insurans, Bil Letrik, Air, TV Berbayar, Telefon, Makan Minum, Persekolahan Anak-anak, Cukai dan macam-macam lagi.

 

Hampir semua kos yang kita kena bayar melibatkan Bank. Bayar melalui sistem Perbankan. Jadi, boleh tak kalau kita rumuskan bahawa, kita sebenarnya “Pekerja Bank”. Kerja, kemudian sumbang keuntungan kepada bank, setiap bulan.

Kita Bekerja Hanya Untuk Membayar Hutang

 

 

Tak kira bagaimana rajin kita kerja, mahu atau tidak, kita akan berurusan dengan pihak bank. Takkan kita mahu pihak Bank sahaja ambil peluang dari kredit yang kita ada?

Oleh sebab itu, cari cara yang terbaik untuk kita mendapatkan faedah yang boleh kita ambil peluang dari Bank atau Institusi Kewangan Berlesen. Bagaimana caranya? Simpan dalan dana pelaburan untuk simpanan masa hadapan. Mendapatkan khidmat Takaful sebagai tujuan perlindungan ketika bencana.

Bagi yang minat berniaga, guna kemudahan Pinjaman Perniagaan atau Pinjaman Peribadi sebagai modal pusingan.

Jika kemudahan-kemudahan ini digunakan, InsyaAllah, kita berjaya membuat perancangan dan pelaburan untuk simpanan hari tua.

 

4 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.