Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sedih Menonton Iklan Raya Dari Bernas

Tersentuh hati MrJocko bila pertama kali melihat Iklan Raya hasil dari BERNAS ini. Sedih dan menginsafkan. Terasa mereka begitu tabah hadapi cabaran dan kita pulak jauh lebih baik dari mereka.
Iklan yang mula-mula MrJocko lihat di Kaca TV, versi pendek, MrJocko kurang memahami tetapi sudah tersentuh dengan watak kanak-kanak istimewa ini. Kemudian baru lihat versi panjang di YouTube, baru lah MrJocko lebih memahami.
Iklan Raya dari Bernas ini mengisahkan dua sekawan yang tinggal di pusat jagaan rumah anak-anak yatim yang ingin pulang beraya. Oleh kerana rindukan Emaknya, Ahmad ingin pulang beraya di kampung Arwah Ibunya. Fizi sebagai rakan karibnya, bersetuju temankan Ahmad balik kampung.
Bermula la perjalanan ‘The Journey’ Ahmad dan Fizi untuk balik kampung Ahmad di Segamat. Bergerak dari Rumah Anak-anak Yatim mula-mula ke Stesen Bas, tiket habis. Kemudian mereka naik teksi ke Stesen Keretapi, pun sama, tiket cuma tinggal satu sahaja. Nasib mereka malang.
Keadaan memaksa mereka beraya di KL, sehinggalah mereka terdengar perbualan seorang pemandu lori penghantar barang yang mahu ke Segamat. Mereke mencuri masuk ke dalam lori tersebut, tanpa disedari pemandunya.
Di tengah perjalanan, mereka tertangkap. Pemandu lori pada mulanya mahu menghalau mereka, tetapi selepas diberitahu mereka hanya mahu menumpang untuk balik ke Segamat, pemandu tersebut timbul rasa kasihan.
Dengan murah hati mereka dihantar sehingga ke destinasi, sebuah Masjid di sebuah kampung di Segamat. Di mana disitulah mereka mandi, bersiap untuk mengunjungi Kubur Arwah Ibu Ahmad.
Walaupun bukan pelakon terkenal, watak Ahmad dan Fizi memang menusuk hati penonton. Kami tersentun dengan iklan sedih untuk Hari Raya 2012 ini. Tahniah untuk Syarikat Bernas. Iklan ini adalah iklan terbaik yang pernah MrJocko saksikan.
Tags:,

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.