Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sejarah Hagia Sophia Turki Kini Kembali Menjadi Masjid

Sejarah Hagia Sophia Turki Kini Kembali Menjadi Masjid, pada tanggal Julai 2020 yang mana ia akan bermula dengan Solat Jumaat. Setelah sekian lama, bangun ini yang sebelum ini dijadikan Muzium di Istanbul akan kembali dipenuhi oleh jemaah Muslim untuk waktu-waktu solat fardu.

Sejarah lama Hagia Sophia, pertama dibina pada tahun 360 Masihi dengan susun atur basilika dan ciri seni bina. Pada tahun 405, Hagia Sophia dibangun semula setelah ia dibakar semasa pemberontakan dan dibuka semula pada tahun 415. Monumen hari ini adalah Hagia Sophia ketiga yang dibina di atas tanah yang sama, menurut catatan.

Baca : Apa Yang Menarik Di Bandar Istanbul Turki

 



 

Sejarah Hagia Sophia Turki Kini Kembali Menjadi Masjid

Sejarah Hagia Sophia Turki Kini Menjadi Masjid copy

Sejarah Hagia Sophia Turki Kini Kembali Menjadi Masjid 2

Sejarah Hagia Sophia Turki Kini Kembali Menjadi Masjid 1
 

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan bahawa bangunan ikonik Hagia Sophia adalah salah satu keajaiban seni bina dunia akan dibuka kembali menjadi sebuah masjid dan dibuka kepada umum.

Keputusan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Turki mengeluarkan keputusan susulan Majlis Negara mengemukakan petisyen oleh sebuah kumpulan agama yang mahu membatalkan keputusan kabinet pada 1934 bagi mengubah bangunan itu kepada muzium sekian lama.

Presiden Turki, Erdogan yang mahu tapak warisan dunia itu kepada sebuah masjid walaupun mendapat kecaman hebat dari Amerika Syarikat (AS) dan pemimpin Kristian Ortodoks.

Sumber : Ali Yerlikaya İstanbul Governor
1. Lukisan akan ditutup dengan langsir setiap waktu solat dan akan dibuka semula ketika waktu ziarah bermula.
2. Seramai 20 ribu pihak polis dan penguatkuasa dikerahkan bagi mengawal suasana di sini.
3. Pada pukul 10 pagi sudah bermula Surah AlFath yang dibaca sehingga solat jumaat dan khutbah pertama diberikan.
4. Bermula malam tadi puluhan ribu sudah mula bermalam di kawasan masjid sampailah di stesen tramvay Hagia sophia Camii
5. Pemakaian mask dan sejadah diwajibkan untuk dibawa.

Presiden Turki itu juga turut menyertai Solat Jumaat Pertama di hagia Sophie setelah 86 tahun lamanya dengan kehadiran puluhan ribu rakyat Turki.

Hagia Sophia pada asalnya dibina empayar Rom timur sebagai gereja besar pada abad keenam masihi sebelum diubah menjadi masjid oleh kerajaan Uthmaniyah pada 1453.

Statusnya sekali lagi bertukar apabila kerajaan sekular Turki menjadikannya muzium pada 1934. Kini, pada tahun 2020, ia kembali menjadi sebuah Masjid yang gah di Kota Istanbul Turki.

Sumber : Astro Awani

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.