Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sejarah Rumah Jim Thompson Kini Jadi Muzium Terkenal Bangkok

Beliau bukan orang Thailand, tetapi Jim Thompson memang disukai ramai penduduk di Bangkok. Ada banyak yang boleh anda pelajari dari Sejarah Rumah Jim Thompson yang kini menjadi Muzium Terkenal di Bangkok. Bagaimana Jim Thompson memperkenalkan perusahaan Sutera di Thailand dan juga sejarah hidupnya dan hobi beliau semasa di Thailand.

Lokasi rumah Jim Thompson ini tidak jauh dari pusat kota Bangkok. Anda boleh akses ke sini menggunakan teksi dengan harga yang murah serta akses Tuk Tuk atau menaiki LRT.

 

 


Sejarah Rumah Jim Thompson Kini Jadi Muzium Terkenal Bangkok

Rumah Jim Thompson Bangkok
 

Ia merupakan sebuah kompleks pelbagai struktur rekaan senibina Thai lama. Bangunan ini adalam hasil daripada bermulanya perniagaan warga Amerika bernama Jim Thompson. Bahan binaan ini dikumpul dari semua bahagian negara Thailand pada sekitar tahun 1950-an dan 1960-an. Ia kemudian dibina dan menjadi tempat tinggal Jim Thompson.

Kini, setelah lebih 50 tahun, ia adalah salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di Thailand.

Jim Thompson telah membina syarikat perusahaan sutera dan beliau juga menjadi seorang pengumpul utama seni Asia Tenggara. Beliau telah membina koleksi seni yang banyak, lebih-lebih lagi Patung ‘Buddha’ dan seni lain bukan sahaja dari Thailand tetapi juga dari negara Myanmar, Kemboja dan Laos, sering mengembara ke negara-negara untuk membeli koleksi-koleksi yang diminatinya.

Pada tahun 1958 beliau memulakan apa yang akan menjadi kemuncak pencapaian seni bina beliau, rumah baru untuk mempamerkan semua koleksi seni beliau. Yang mana, rumah ini terbentuk daripada bahagian enam buah rumah Thai antik, rumahnya (disiapkan pada 1959) terletak di klong (terusan) seberang Bangkrua, di mana terletaknya penenun sutera beliau. 

Rumah Jim Thompson ini terletak di alamat 6 Soi Kasemsan 2, Rama 1 Road, Pathumwan. Ia kini diuruskan oleh The James H. W. Thompson Foundation di bawah naungan diraja H.R.H. Puteri Maha Chakri Sirindhorn. 

Rumah Jim Thompson Bangkok
Antara salah satu dari rumah Jim Thompson

Rumah Jim Thompson Bangkok jim thompson house 03

Ada banyak koleksi yang menarik di rumah Jim Thompson ini, namun kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar. Sebab itu, jika anda minat kepada sejarah dan seni, ini antara lokasi wajib singgah jika anda bercuti di Bangkok.

Harga tiket masuk ke rumah Jim Thompson ialah Baht 150 untuk dewasa dan Baht 100 untuk kanak-kanak. Setiap hari anda boleh mengikut ‘Tour’ secara berkumpulan yang disediakan percuma kepada pelancong yang berkunjung ke sini. Untuk info, ia dibuka seawal jam 9.00 pagi dan ditutup pada sekitar jam 6.00 petang.

Bagi kita Muslim, kalau nak makan, boleh singgah di gerai tepi sungai bersebelahan dengan rumah Jim Thompson. Kawasan ini didiami oleh majoriti warga Thailand yang beragama Islam dan banyak gerai makan Halal di sekitar.

Info lanjut layari http://www.jimthompsonhouse.com

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.