Sekolah Dasar Muhammadiyah Laskar Pelangi Di Belitung
|Andai anda pernah menonton filem terkenal dari Indonesia bertajuk Laskar Pelangi sekitar tahun 2013, anda pasti akan teringat dengan sekolah ini. Ia kini menjadi antara tarikan utama pelancong ke Pulau Belitung. Inilah Sekolah Dasar Muhammadiyah Laskar Pelangi Di Belitung.
Tempat ini menjadi terkenal kerana novel Andrea Hirata. Selepas ia difilemkan ternyata ia terus menjadi salah satu tempat wisata yang hebat. Ini adalah replika sekolah rendah ketika penggambaran filem tersebut.
Sekolah Laskar Pelangi
Menarik tentang Sekolah Dasar Muhammadiyah ini, ia dibina semula semata-mata untuk menghidupkan lagi cerita filem Laskar Pelangi. Replika bangunan sekolah dasar (SD) Muhammadiyah Belitung yang dulu menjadi tempat menuntut ilmu penulis novel Laskar Pelangi, Andrea Hirata kini menjadi salah-satu objek wisata di pulau timah tersebut.
Setelah filem itu terkenal, ramai pelancong mula singgah di sekolah dasar ‘laskar pelangi’ ini.
Lihat dari jauh, sudah nampak bahawa bangunan sekolah itu sudah tua dan rapuh. Dinding sekolah ini hanya terdiri dari 2 kelas, dibuat dari bilah papan tua. Salah satu pintunya pun sudah usang.
Namun, sejak ia terkenal, pelancong ke Pulau Belitung untuk melihat Sekolah Laskar Pelangi ini lebih dari 8 kali ganda. Lihat betapa filem boleh memberikan impak yang bagus kepada industri pelancongan di Indonesia.
Baca : Tempat Menarik Di Indonesia
Kalau anda sudah ke Pulau Belitung, jangan lupa singgah di sekolah ini. Anda akan merasai sedikit aura filem Laskar Pelangi. Untuk lebih hayatinya, tonton dulu filem ini. Kemudian anda akan rasa anda umpama anak-anak Laskar Pelangi yang memang menyentuh jiwa.
Sinopsis filem Laskar Pelangi yang berkisar tentang pelajar miskin di Pulau Belitung, berusaha keras belajar untuk berjaya dengan dorongan dan bimbingan Cikgu mereka. Sehinggakan, mereka menang dalam satu pertandingan… Satu filem yang memang memberikan inspirasi kepada semua.
InsyaAllah,,, kalau ada rezeki, jom kita ke Pulau Belitung bersama-sama Sahabat Konvoi Travel Tours