Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sektor Pelancongan Sabah Terjejas Teruk Akibat Covid-19

Sektor Pelancongan Sabah Terjejas Teruk Akibat Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP). Ini adalah menurut tinjauan terbaru dari Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah. Pengarah Eksekutif IDS Anthony Kiob berkata, 26 peratus daripada mereka di industri ini kehilangan pekerjaan.

Rata-rata rakyat Sabah yang bergantung sepenuhnya kepada sekto pelancongan tidak mempunyai pendapatan ketika penularan wabak Covid-19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan ini. Disebabkan pengusaha tidak mempunyai pendapatan, syarikat tidak dapat membayar pekerja mereka dan menanggung kos operasi mereka.

Baca : Tempat Makan Seafood Murah Di Kota Kinabalu Sabah

Sektor Pelancongan Sabah Terjejas Teruk Akibat Covid-19

Sektor Pelancongan Sabah Terjejas Teruk Akibat Covid-19 10 copy

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa negeri Sabah sangat bergantung dengan Sektor Pelancongan sejak puluhan tahun yang lalu. Dari dasar laut dengan keindahan Pulau dan aktiviti selam skuba, kepada tarikan tradisional kepelbagaian etnik di Sabah, terus meninggi hingga ke puncak Gunung Kinabalu. Semua ini menjadi tarikan masyarakat dunia.

Industri pelancongan Sabah sangat bergantung pada pengunjung dari negara China dan Korea Selatan, yang masing-masing menyumbang sekitar 40 peratus dan 27 peratus dari jumlah kedatangan antarabangsa.

Akibat dari wabak Covid-19 awal tahun ini, angka pelancongan dari negara tersebut kini menurun secara drastik.
 

Pulau Manukan dan Pulau Sapi Sabah
Pulau Manukan dan Pulau Sapi Sabah
Kinabalu Heritage Park Kundasang
Kinabalu Heritage Park Kundasang

Pasar Filipino Kota Kinabalu Sabah

Linangkit Cultural Village
Linangkit Cultural Village

Pekan Tuaran Sabah
Pekan Tuaran Sabah

 

Baca : Pulau Cantik dan Menarik Di Sabah

Ramai pengusaha pelancongan menyambut baik pakej rangsangan pemerintah yang antara lain memberikan potongan 15 peratus pada bil utiliti bulanan, subsidi gaji bulanan untuk pekerja untuk syarikat yang memenuhi syarat, dan moratorium pinjaman bank, walaupun mereka mengatakan ini mungkin tidak mencukupi.

Sebab itu rata-rata mereka yang khususnya terlibat dalam industri pelancongan di Sabah berharap supaya wabak Covid-19 ini akan cepat berakhir supaya aktiviti pelancongan di Sabah akan berjalan seperti biasa.

Usaha sebelum ini oleh Sabah Tourism banyak yang mendatangkan hasil yang memberikan impak yang baik kepada sektor pelancongan di Sabah. Diharapkan selepas ini, mereka akan berkerja keras lagi untuk membangunkan kembali destinasi pelancongan menarik di Sabah, Negeri Di Bawah Bayu.

Layari laman web Sabah Tourism untuk maklumat lanjut.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.