Selamat Hari Cikgu, Terima Kasih Dari MrJocko
|Setiap tahun, tanggal 16 Mei merupakan hari memperingati jasa-jasa mereka yang bergelar Cikgu, Sifoo, Lecturer, Pensyarah, Teacher, Mentor dan mereka-mereka yang telah menyumbang jasa, tenaga wang ringgit ke arah mengajar kita ilmu untuk kegunaan masa hadapan.
Masa zaman persekolahan, Hari Cikgu ini memang meriah. Semua ucap terima kasih kepada cikgu dan ramai yang memberi hadiah sebagai tanda simbolik terima kasih atas jasa-jasa Cikgu.Bila kita dah lama tinggal zaman persekolahan, semua itu semakin dilupakan. Macam aku sendiri, hingga ke hari ini, hanya seorang dua nama Cikgu dan Ustaz yang masih aku ingat. Yang lain, semua sudah lupa. Muka masih aku ingat, tetapi nama, alahai,,, langsung blur.Apapun, sempena Hari Cikgu, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu-Cikgu yang telah mengajar aku dari zaman Tadika Wakaf Bunut, Sekolah Kebangsaan Tualang Tinggi, Sekolah Menengah Ugama Arab Saniah dan juga UiTM Machang dan UiTM Shah Alam. Jasa anda semua tidak terbalas. p/s : kalau jangan sebut Hari Guru boleh? Pasal apa? Cuba korang pegi Google, taip Guru di ruangan Search. Apa yang korang dapat?
selamat hari guru.. 😉
Cikgu ker???