Selamat Hari Raya AidilFitri 2021 PKP 3.0 Malaysia
|Memasuki tahun kedua, kita di Malaysia meraikan kedatangan Ramadhan dan juga 1 Syawal dalam keadaan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Bezanya tahun ini, PKP 3.0 dilaksanakan dengan perintah kawalan yang lebih loggar berbanding PKP 1.0 awal Mac 2020. Terkurung di dalam rumah dan daerah, kami tetap ambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri 2021 PKP 3.0 Malaysia.
Terpaksa, walaupun hati tak redha. Nak buat macamana, demi kebaikkan seluruh rakyat, terpaksa akur dengan PKP dari Kerajaan Malaysia. Maafkan kami Mak, kami tak dapat nak balik kampung lagi tahun ini menyambut Hari Raya bersama-sama.
Baca : Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020 PKP 1.0 Malaysia
Selamat Hari Raya AidilFitri 2021 PKP 3.0 Malaysia
Kalau sebelum ini, sekitar Ogos 2020 kita sudah hampir kembali ke keadaan normal di mana kita diletakkan di bawah perlaksanaan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan), yang mana sudah boleh bergerak bebas di dalam Malaysia, boleh makan di restoran, boleh tengok wayang, boleh rentas sempadan, pergi melancong dan sebagainya, tetapi awal Januari 2021, kita kembali ke PKP 2.0.
Kini, akibat kegagalan kita semua mematuhi SOP dan juga peraturan yang ditetapkan, semua rakyat di dalam negara dikenakan PKP dari 12 Mei sehingga Jun 2021.
Oleh kerana tiada amalan kunjung mengunjung, tiada majlis rumah terbuka, tiada aktiviti sosial dibenarkan, maka kita sekali lagi betul-betul menyambut Aidilfitri dalam keadaan yang betul-betul sederhana, meraikan kedatangan Syawal 1442 dengan keluarga terdekat sahaja.
Cari Jam Raya GShock : GShock Malaysia Fans Website
Kami pun seperti tahun lepas, beraya di Kuala Lumpur, untuk kali kedua di musim PKP ini. Hanya meraikan sekadar mampu dan duduk rumah sahaja demi menjaga SOP yang ditetapkan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog MrJocko. Ampun dan Maaf jika ada tersalah dan silap. Semoga Hari Raya Tahun ini menjadi Raya terakhir kita di dalam PKP. Aaminnnn….