Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Is It Safe To Go To Turkey Now?

Negara Turki semakin terus bergolak dan semalam, dikejutkan dengan Rampasan Kuasa oleh Tentera (Turkey Coup by Military). Persoalan sekarang untuk mereka yang suka travel, Is It Safe To Go To Turkey Now? Adakah Selamat Untuk Travel ke Turki pada waktu sekarang?

Antara berita yang dikeluarkan semalam..

A coup was attempted in Turkey Friday with a faction of the military taking over state TV, imposing martial law and a curfew and reportedly attacking the police headquarters in the capital of Ankara, according to American and foreign officials.

There were also at least two blasts reported near the entrance to parliament and no immediate word of casualties. The entrance to the building appears damaged.

A total of 120 soldiers have been arrested so far following the coup attempt…

Is it safe to travel to Turkey now?

Is it safe to travel turkey

Ramai yang tahu, banyak tempat menarik di Turki. Banyak lokasi pelancongan di Turki menjadi pilihan pelancong seluruh dunia termasuk Asia, khususnya kita di Malaysia. Ramai member bercerita, best bila melancong ke Turki.

Turki sememangnya semakin terkenal di seluruh dunia dengan menyediakan pelbagai produk pelancongan yang terkenal. Negara unik yang mempunyai tanah Eropah dan juga Asia ini menajdi tumpuan ramai dengan beberapa lokasi percutian terkenal. Antara yang terkenal ialah Masjid Biru, Haghia Sofia, Grand Bazar, Miniaturk dan banyak lagi.

Kini dengan rampasan kuasa oleh pihak Tentera Turki dengan menawan bandar Ankara, ibu negara Turki, ia membawa kepada beberapa siri kekacauan yang semakin menular ke bandar-bandar lain. 

Oleh itu, sebaiknya, jika anda merancang untuk melancong atau pergi ke Turki dalam masa terdekat, sebaiknya anda memilih untuk menangguhkan perjalanan anda atau membatalkannya untuk sementara waktu. 

Turkey Coup menjejaskan aktiviti pelancongan?

turkey-coup-ankara

Isu panas, Turkey Coup ini nampaknya menjadi isu hangat dunia hari ini dan beberapa minggu akan datang.

Kekacauan Rampasan Kuasa Tentera terhadap kerajaan Erdogan di Turki nampaknya akan berpanjangan dan akan menimbulkan ketidaktenteraman di negara Turki ini. Untuk mengelak dari perkara buruk yang berlaku, sebagai pelancong, elok kita elakkan dari melawat negara-negara seperti ini, buat sementara waktu.

MrJocko sendiri tidak pernah ke Turki. Sangat teringin untuk melancong ke sana, namun belum ada rezeki. Kini dengan cerita dan berita tentang rampasan kuasa (Turkey Coup) yang tengah panas, sudah pastinya ia akan mengambil masa yang lama untuk ‘tempoh bertenang’ dan aman di sana.

InsyaAllah, kalau ada rezeki, bila negara Turki sudah aman, teringin nak melancong ke negara Turki.

6 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.