Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tips Travel Selamat Tak Travel Ke Turki?

Istanbul, Cappadocia, Ankara, Ephesus, Pamukkale dan Antalya antara destinasi popular sepanjang pameran Matta Fair 2016 yang lepas. Namun, beberapa hari lepas, ada lagi berita tentang serangan Bom yang berlaku di Ankara yang mengorbankan lebih dari 100 mangsa. Persoalannya, Selamat tak travel ke Turki buat masa ini?

Mungkin anda telah membaca laporan mengenai serangan bom baru-baru ini di Istanbul dan Ankara, Turki. Jika anda memang merancang ke Turki, anda mungkin berasa bimbang tentang keselamatan semasa melancong ke sana, terutamanya jika anda sedang berada di tengah-tengah kawasan tarikan pelancong utama di Turki.

Baca : Wishlist Travel MrJocko Ke Turkey

Masjid-Biru-Turki

Untuk info, dalam tempoh enam bulan yang lepas, The Foreign & Commonwealth Office (FCO) masih lagi mengesahkan bahawa Turki masih kekal menjadi tempat yang selamat untuk pelancong. Walaupun begitu, harap pelancong mengambil langkah berjaga-jaga dan lebih peka dengan keadaan sekeliling

Mengikut rekod, lebih daripada 2.5 juta warga British dan berjuta-juta pelancong Asia melawat Turki setiap tahun.

Oleh sebab itu, jika anda merancang untuk melancong ke Turki, jangan risau, ia masih selamat. Sebaiknya, ambik pendekatan berhati-hati dalam persediaan untuk melancong termasuk ambil tahu tentang lokasi Pejabat Duta negara masing-masing dan menyimpan nombor-nombor telefon yang penting ketika di luar negara.

Pakej Murah ke Turki Pakej Murah ke Turki turkey_building

Bagaimana jika anda sudah menempah Pakej ke Turki?

Tidak ada masalah. Turki masih negara yang selamat. Pihak keselamatan dan pihak berwajid sudah mengetatkan kawalan dan sentiasa berusaha dalam memastikan keamanan pusat tarikan utama pelancong di Turki. 

Memang banyak tempat menarik di Turki seperti di Istanbul, Cappadocia, Ankara, Ephesus, Pamukkale dan Antalya yang menjadi pilihan pelancong dunia. Matta Fair 2016 yang lepas banyak menawarkan Pakej Travel ke Turki selama 9 hari 7 malam dengan harga serendah RM3,099 mengikut terma dan syarat. Pakej ini termasuk tambang penerbangan pergi balik, penginapan, makan minum dan juga kos-kos wajib yang biasa. Murah kan?

InsyaAllah, MrJocko juga menyimpan cita-cita untuk ke Turki. Jadi kalau orang tanya, Selamat Tak Travel Ke Turki? Ya, Turki antara destiansi paling selamat di Eropah. Dengar kata, ia menjadi negara pilihan pelancong seluruh dunia kerana ia menyimpan banyak sejarah dan destinasi Asia dan Barat dalam satu negara. Uniknya Istanbul. 

Anda bagaimana? Nak bercuti ke Turki?

Layari laman web Go Turkey Tourism.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.