Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Selamat Tinggal 2013 Saya Sudah Bersedia Untuk 2014

Malam ini nampaknya sudah tiba penghujung tahun 2013. Tahun kedua MrJocko kerja sendiri dan rasanya antara tahun terbaik MrJocko. Alhamdulillah, lebih banyak kenangan manis dalam perjalanan ini. Selamat Tinggal 2013 Saya Sudah Bersedia Untuk 2014.

Kerjaya

Tahun 2013 memberi peluang MrJocko menerima kenaikkan pangkat dari Agency Supervisor kepada Manager. Tahun ini juga memberi peluang MrJocko membantu 2 rakan niaga dari Consultant biasa kepada Agency Supervisor.

Rezeki juga dapat peluang tajaan sepenuhnya Trip 6 hari 5 malam ke Taipei. Percutian yang bertaraf 5 bintang dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat, memang terbaik.

Blogger

Bulan 5 MrJocko tubuhkan BlooggersDotCom dan kini baru berumur sekitar 6 bulan, kami menerima banyak jobs dan advertorial.

Blooggers berjaya memberi peluang berkongsi rezeki kepada ramai blogger sertai event, product launch dan juga Media Trip. MrJocko sendiri dijemput untuk ke FAM Trip ke Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Hatyai.

 

Alhamdulillah, lebih banyak kenangan manis dalam perjalanan ini. Selamat Tinggal 2013 Saya Sudah Bersedia Untuk 2014.

Alhamdulillah, lebih banyak kenangan manis dalam perjalanan ini. Selamat Tinggal 2013 Saya Sudah Bersedia Untuk 2014.

 

Keluarga

Memang tahun ini MrJocko banyak habiskan masa bersama anak-anak lebih lagi musim cuti sekolah. Ya, mungkin kami belum kaya wang ringgit tetapi kami dikurniakan masa yang banyak bersama keluarga.

Walaupun hanya trip dalam Malaysia, kami masih boleh bercuti menikmati masa berkualiti bersama.

Rakan-rakan

Semestinya saban hari menerima rakan baru samada di Blog, Facebook atau di Fanpage. Kalau dulu fanpage MrJocko cuma 300 sahaja, kini ia berkembang dan bertambah sehingga 3,000 orang.

Kewangan

Dalam cara hidup sederhana dan masih boleh membayar bil dan hutang piutang yang ada. Ada lebih 30% hutang lama berjaya di’setel’kan. Harap-harap tahun 2014 boleh disetelkan kesemuanya.

Banyak aktiviti seharian ditaja dari segi makanan, aktiviti atau goodies dari event yang MrJocko hadiri. Banyak juga yang boleh MrJocko jimat terutamanya barangan toiletteries dan gadget. Maklum la tahun ini MrJocko terima banyak power bank, satu smartphone dan satu tablet Samsung.

Melihat kedatangan 2014, diharapkan ia akan memberikan sinar yang lebih kepada MrJocko, keluarga dan rakan-rakan BlooggersDotCom. Tahun 2014 ialah tahun untuk kerja dengan kuat dan kumpul harta selagi boleh. Doakan kejayaan kami dan sama-sama kita menuju tahun 2014 yang lebih gemilang untuk semua.

Welcome 2014, please be nice to me…

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.