Temui VIP Selebriti Di Madame Tussauds Hong Kong
|Teruja dengan Hong Kong, anda akan lebih teruja jika berpeluang ke Madame Tussauds Hong Kong. Dengan lebih 100 patung lilin ‘umpama manusia’ sangat hidup, Madame Tussauds Hong Kong menyampaikan keseronokan dan pengalaman selebriti secara interaktif di mana semua orang boleh bergambar, selfie, wefie atau beraksi bersama bintang pujaan mereka samada VVIP, Ahli Sukan, Tokoh atau Selebriti seluruh dunia.
Untuk memudahkan anda ke Madame Tussauds HongKong, MrJocko syorkan agar anda beli pakej 3-in-1 di mana pakej dengan harga HKD320 untuk Tiket Tram Pergi Balik, Madame Tussauds Entrance dan The Peak Entrance. Paling menarik, jika anda beli pakej ini, anda tidak perlu beratur sehingga 2 jam untuk naik ke The Peak Hong Kong.
Baca : Travel Bajet ke Hong Kong China
Temui VIP Selebriti Di Madame Tussauds HK
Terletak di The Peak Tower, pelancong yang datang ke sini boleh melihat sendiri koleksi Patung Lilin selebriti terkenal dunia dalam 11 kawasan bertema yang berbeza. Ia dibahagikan kepada Hong Kong Glamour, Keluarga Diraja, Sejarah dan Perwira Negara, TV Studio, Premiere Dunia, Kung Fu, Artis K-Pop, Juara-Juara, Sejarah Authentic, Muzik Ikon dan Fantasy Kingdom.
Nak selfie dengan VIP Selebriti di Madame Tussauds?
Teringin untuk melakonkan adegan drama TV klasik dengan Kim Soo-hyun dan bergambar dengan selebriti K-pop di K-Pop Zone. Atau, belajar amalan kung fu dengan Jackie Chan di Fu Zon Kung serta bergambar dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di White House. Ada lagi, anda boleh merasa denyutan jantung Andy Lau, bergaya glamour dengan Lady Gaga di atas pentas, dan melangkah ke Fantasy Kingdom dunia yang penuh dengan watak-watak maya dan wira-wira.
Melengkapkan perjalanan anda di Madame Tussauds Hong Kong, anda boleh singgah di kedai cenderamata Madame Tussauds Hong Kong yang mempunyai pelbagai cenderamata dan hadiah. Ada banyak koleksi dari tangan lilin peribadi, untuk patung mini, kiub kaca 3D dan banyak lagi pilihan.
Memang best ke Madame Tussauds Hong Kong dan ia memang membawa MrJocko seolah berada di dunia fantasi, di kelilingi oleh VIP, Tokoh dan selebriti terkenal dunia dalam satu tempat.
Terbang ke Hong Kong dengan AirAsia dengan pakej murah serendah sekitar RM500 untuk perjalanan pergi dan balik 🙂 #VacayWithAirAsia