Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Semak Kelulusan Geran Khas Prihatin (GKP) LHDN

Ramai yang tunggu untuk Semak Kelulusan Geran Khas Prihatin (GKP) LHDN. Awal 1 Jun 2020 hingga hari ini, berlegar cerita viral tentang keputusan semakan GKP telah keluar di laman web LHDN. Masing-masing yang pernah daftar Geran Khas Prihatin LHDN mula semak status permohonan masing-masing. Alhamdulillah, setelah Semak Kelulusan GKP LHDN hari ini, syarikat kami pun layak menerima bantuan tersebut.

Kalau sebelum ini, rata-rata rakyat Malaysia diberikan bantuan dengan bantuan Bantuan Prihatin Nasional dengan nilai sehingga maksima RM1600 seorang, kini bantuan khas ini datang dari Kerajaan Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam bentun Geran bagi membantu syarikat-syarikat kecil beroperasi di Malaysia.

Baca : Bantuan Prihatin Nasional LHDN Malaysia

 



 

Semak Kelulusan Geran Khas Prihatin (GKP) LHDN

Semak Kelulusan Geran Khas Prihatin (GKP)

Semak Kelulusan Geran Khas Prihatin (GKP)
Keputusan Semakan GKP LHDN

 

Bantuan seperti ini setidaknya boleh membantu kami syarikat kecil untuk kembali beroperasi selepas kekangan syarat PKP bermula 18 March 2020 yang lalu sehingga habis PKPB pada 9 Jun 2020 nanti.

Walaupun nilai tidak besar sangat, tetapi ia boleh membantu serba sedikit peniaga kecil seperti kami membayar kos operasi sepeti sewa kedai, gaji kakitangan, tambahan suntikan modal dan banyak lagi.

Untuk semakan Status Permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) LHDN ini boleh layari laman web www.gkp.hasil.gov.my

—————————————————————-

SYARAT KELAYAKKAN BAGI MEMOHON BANTUAN GKP LHDN

1. Warganegara Malaysia
2. Jumlah perolehan tahunan kurang dari RM300,000
3. Pekerja kurang daripada 5 orang (tidak termasuk pemilik)
4. Berdaftar dengan LHDNM / SSM sebelum 31 Disember 2019
5. Masih aktif menjalankan perniagaan
6. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh MOF
&nsbp;

PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN

Permohonan Geran Khas Prihatin boleh dibuat secara online melalui portal khas https://gkp.hasil.gov.my

Perlu diingatkan tarikh akhir permohonan adalah pada 15 Mei 2020.

Permohonan secara manual tidak akan diterima.

Keputusan permohonan akan dibuat pada minggu pertama bulan Jun 2020.

Tarikh pembayaran GKP berkemungkinan akan dibuat pada bulan Jun (tarikh rasmi akan dikemaskini).

Sekiranya anda telah berdaftar dengan SSM namun belum mendaftar dengan LHDNM, anda masih layak memohon bantuan ini.

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.
&nsbp;

SOALAN LAZIM GERAN KHAS PRIHATIN

Berapakah nilai bantuan Geran Khas PRIHATIN yang akan diberikan?
– Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah sebanyak RM3,000 yang akan dibayar secara one-off.

Bilakah tarikh pembayaran bantuan Geran Khas PRIHATIN akan dibuat?
– Pembayaran ini dijangka akan dibuat pada sekitar bulan Jun 2020.

Bagaimanakah kaedah pembayaran Geran Khas PRIHATIN GKP dilaksanakan?
– Pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon yang telah layak. Akaun bank mestilah aktif untuk memudahkan urusan pembayaran.

Jadi, untuk anda yang mempunyai syarikat berdaftar di bawah SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) pasti boleh menarik nafas lega seketika. Bantuan ini bolehlah digunakan sepatutnya untuk mengurangkan beban semasa perlaksanaan PKP ini.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.