Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sudah Boleh Semak Status Permohonan i-Citra Secara Online

Seawal pagi 12 Julai ramai yang sudah memohon pengeluaran iCitra KWSP. Sekarang, anda Sudah Boleh Semak Status Permohonan i-Citra Secara Online, samada lulus ataupun tidak. Secara asas, jika sebelum ini anda pernah memohon i-Lestari dan i-Sinar dan telah diluluskan, InsyaAllah, peluang cerah untuk menerima wang RM5000 dari akaun KWSP ini.

Usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan KWSP ini patut dipuji kerana ia sedikit sebanyak mengurangkan beban pencarum. Bukan semua orang hidup senang. Kita sedia maklum sejak PKP awal Mac 2020, seluruh rakyat Malaysia terkesan dan lebih separuh daripada kita terbeban dengan tekanan pandemik ini, lebih-lebih lagi melibatkan wang.

semak status permohonan i-citra

Baca : Permohonan Pengeluaran Wang i-Citra KWSP RM500

Sudah Boleh Semak Status Permohonan iCitra Secara Online

semak-status-permohohan-icitra-online-01

semak-status-permohohan-icitra-online-02

semak-status-permohohan-icitra-online-03
 

Cara mudah untuk semak kelulusan i-Citra KWSP, layari sahaja laman web rasmi icitra.kwsp.gov.my

Semakan Status Permohonan iCitra Online

Pastikan guna pautan yang betul, jangan sampai termasuk ke dalam pautan scammer.

Masukkan no kad pengenalan, no telefon ketika pendaftara dan klik semak. Jika permohonan anda diterima, anda akan menerima wang tersebut sejumlah RM1000 bagi setiap bulan selama 5 bulan bermula Ogos 2021.

Cara_Pengiraan_i-Citra-KWSP-02

Contoh Pengiraan Pembayaran iCitra KWSP

Biasanya kalau duit seperti ini sebenarnya untuk duit kecemasan kita. Ia bukan duit yang sepatutnya kita habiskan untuk barang-barang tidak perlu.

Pandangan saya, andai kata untuk tempoh sekarang, di musim PKP 3.0 dan Fasa 1 ini, anda masih lagi tidak ada masalah dengan kewangan, duit ini adalah untuk simpanan kita di masa hadapan. Kita masih belum tahu akan situasi pandemik ini dalam masa 3 – 6 bulan yang akan datang.

Oleh itu, sebaiknya, gunakan ia secara berhemah dan jangan bazirkan jika tidak perlu.

Jika anda memang memerlukan duit daripada Akaun Simpanan KWSP, pastikan ia berbaloi untuk anda memohon dan gunakan sebaiknya. Selesaikan kos-kos yang paling utama dan pastikan satu sen pun ia tidak dibazirkan.

kalau sebelum ini, ramai pencarum KWSP memohon pengeluaran wang dari KWSP menggunaka i-Lestari dan kemudiannya i-Sinar, kini pengeluaran i-Citra pasti akan mengurangkan lagi baki simpanan kita di akaun EPF yang kita simpan sejak bertahun.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.