Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Semakan Status Kelulusan Pengeluaran Khas KWSP April

Malam ini, jutaan rakyat Malaysia tak sabar menunggu keptusan permohonan mereka melali KWSP baru-baru ini. Umum sedia maklum, bermula 9 April 2022, keputusan permohohan pengeluaran wang KWSP (EPF) maksima RM10000 boleh diketahui dilaman web rasmi KWSP. Semakan Status Kelulusan Pengeluaran Khas KWSP April pasti akan memberikan senyum kepada ramai pencarum KWSP.

Bagi mereka yang sudah membuat permohonan Pengeluaran Khas KWSP pada awal bulan yang lalu pasti tidak sabar ingin membuat semakan Pengeluaran Khas KWSP. Ada pencarum yang telah memohon pengeluaran maksima RM10,000, dan ada juga yang memohon jumlah kurang daripada itu mengikut baki dalam Akaun 2 dan Akaun 1 KWSP mereka.

Baca : Keputusan Permohonan Pengeluaran i-Citra KWSP

Semakan Status Kelulusan Pengeluaran Khas KWSP April

 


Semakan Status Kelulusan Pengeluaran Khas KWSP April

Semakan-Status-Kelulusan-Pengeluaran-Khas-KWSP-10K-April
 

Cara Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

Ahli boleh buat semakan status kelulusan di portal kwsp melalui link berikut;

https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

Status Permohonan ini hanya boleh disemak mulai mulai 9 April 2022 melalui:

Menu Semak Status Permohonan di pengeluarankhas.kwsp.gov.my ; atau
Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)
Kenapa Ada Lulus dan Tidak Lulus?

Menurut KWSP, semakan status permohonan adalah prosedur umum permohonan bagi membolehkan pemohon membuat semakan dan memastikan permohonan yang dihantar tidak mempunyai isu-isu lain.

Kelulusan Pengeluaran Khas

Bagi permohonan Pengeluaran Khas ini, kelulusan adalah bergantung kepada syarat dan kelayakan seperti yang dinyatakan dalam FAQ nombor 2, 3, 4 dan 5 iaitu;

Ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini layak memohon Pengeluaran Khas, tertakluk kepada baki Akaun 1 dan Akaun 2, dan amaun kelayakan.
Anggota perkhidmatan awam boleh memohon Pengeluaran Khas. Walau bagaimanapun, mereka berisiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak.
 

Semakan-Status-Kelulusan-Pengeluaran-Khas-KWSP-10K-April
 

Amaun Pengeluaran Yang Layak Dikeluarkan

Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000.
Amaun pengeluaran minimum adalah RM50.
Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.

Untuk makluman, Permohonan Pengeluaran Khas hanya dibenarkan sekali sahaja.

Capaian pada portal ini juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun.

Pemohon tidak perlu;

Mengakses i-akaun
Mengunjungi kiosk
Mengunjungi cawangan

Permohonan Pengeluaran Khas

Bagi mereka yang belum membuat permohonan ini, masih boleh memohon sehingga 30 April 2022.

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my.
 

Semakan-Status-Kelulusan-Pengeluaran-Khas-KWSP-10K-April
 

Penukaran Nombor Telefon TAC/OTP KWSP

Buat masa ini, penukaran nombor telefon TAC/OTP hanya boleh dibuat melalui kios/kaunter KWSP berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan cap ibu jari.

Klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks untuk dapatkan lokasinya.

Namun, jika nombor telefon terkini yang digunakan belum berdaftar dengan KWSP, anda masih boleh mengemukakan permohonan Pengeluaran Khas melalui portal: https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ dengan menjawab soalan keselamatan yang disediakan.

Sebagai makluman tambahan, Pengeluaran Khas boleh dibuat melalui portal yang disediakan (tanpa perlu menjawab soalan keselamatan) selepas 24 jam dari masa pengemaskinian nombor telefon di kios/kaunter KWSP. Tempoh permohonan dibuka dari 1 April 2022 sehingga 30 April 2022.

Info dan Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai semakan pengeluaran khas KWSP ini adalah sebagaimana berikut;

Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)
Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848
Soalan Lazim (FAQ) Semakan Pengeluaran Khas KWSP

Bila boleh semak status pengeluaran khas?
Mulai 9 April 2022 (Sabtu)

Bagaimana cara membuat semakan?
1. Menu Semak Status Permohonan di pengeluarankhas.kwsp.gov.my ; atau
2. Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)

Kenapa Ada Lulus dan Tidak Lulus?
Semakan status permohonan adalah prosedur umum permohonan bagi membolehkan pemohon membuat semakan dan memastikan permohonan yang dihantar tidak mempunyai isu-isu lain.

Bila tarikh bayaran?
Mulai 20 April

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.