Site icon Travel Blogger Malaysia

Seminggu Bertugas di KLIA

photo-1-789115

Buat julung2 kali, aku kena bertugas di KLIA. Kali ni ada event OIC dan aku kena jemput VVIP guest yg dtg untuk event tersebut… Nampak macam mudah kan???Realitinya amatlah penat. First day, Sabtu last 2 week, aku rasa cam okay. Masuk hari kedua, ketiga dan seterusnya, rasa cam nak tercabut kepala lutut.Jemput dari sattelite building, pastu tolong check-out, setelkan bagasi, adoiii,,, penat. Lepas satu delegasi, kena tunggu delegasin lain plak. Tak henti2. Pagi, tengahari, malam dan membawa ke awal pagi.Nasib baik kami diberi bilik kat C3. Aku pun baru tau rupernya di C3, sattelite building KLIA ada transit Hotel. Hotel yang bernama Airside Transit Hotel, merupakan hotel yang aku rasakan bertaraf 3 bintang yg terdapat dlm bangunan KLIA. Kalau korang baru tiba dari mana2 penerbangan, awal pagi, penat nak balik, boleh singgah berehat dulu di Airside. Bilik ni jugak pengguna KLIA yang melalui perjalanan dan transit di KLIA, boleh menyewa sementara menunggu next flight. Nak singgah mandi pun boleh. Sekitar RM20 sahaja per pax.So, selama seminggu di KLIA, banyak yang aku belajar. International dan domestic, semua aku boleh masuk. Maklumla, ada special pass.Lepas ni, semua ceruk KLIA aku dah hafal. Boleh la gunakan pengalaman ni kalau perlu esok lusa… 😉

Exit mobile version