Saban tahun, banyak kali dengar tentang tempat membeli belah murah di Guangzhou, tapi masih belum ada pelung untuk ke sana. Tapi kali ini, rezeki untuk jejak kaki melihat syurga borong dalam dunia akan tercapai. Antara yang popular di carian Google ialah Senarai 5 Tempat Shopping Murah Di Guangzhou China wajib anda singgah.
Guangzhou adalah bandar ketiga terbesar di China dan sudah lama menjadi pusat perdagangan antarabangsa. Dari dulu, di sini, ada macam-macam produk yang dijual dengan harga yang cukup murah. Sebab itu, ramai peniaga, malah pemborong dari Malaysia sanggup ke sini untuk membeli barangan niaga mereka di Malaysia.
Senarai 5 Tempat Shopping Murah Di Guangzhou
Kalau nak borong barangan niaga, bawa sahaja duit dengan banyak. jutaan pilihan barangan boleh dibeli dan dijual di Malaysia dengan untung yang berkali ganda.
Baca : MrJocko Pun Suka Pergi Shopping
Of course, selain dari destinasi pemborang dunia, Guangzhou juga salah satu destinasi pelancongan popular di China bagi Muslim Traveller. Ini kerana di sini juga ada banyak masyarakat Muslim dan boleh dikatakan senang untuk mencari Restoran Halal sekitar bandar Guangzhou.
Untuk anda yang nak cari barang niaga, ini senarai 5 Tempat Shopping Murah di Guangzhou :
1. Yide Lu – Plaza Tempat Borong Permainan
ANda yang bercadang nak meniaga permainan, boleh ke Jalan Yide. Di Sini ia dikenali dengan nama Yide Lu Plaza. Lokasi ini semakin menjadi tumpuan utama permainan dan kaki gajet seluruh dunia. Sebabkan ia menawarkan harga borong, sudah pasti harga sangat murah.
Plaza Yide Lu ini mmpunyai bangunan setinggi 5 tingkat dan menjual banyak barangan seperti soft toys, hot Toys, educational Toys dan collection toys. Ia dibuka pada jam 10.00am hingga jam 6.30pm setiap hari. Untuk memudahkan perjalanan ke sini, ambil keretapi dan boleh berhenti di Guangzhou Metro terdekat, Stesen Yide Lu.
2. One Link International – Plaza Tempat Borong Cenderahati dan Bunga
Bangunan ini tak juah dari Plaza Yide Lu. Kat sini lebih besar. Ianya sebuah plaza berdekatan dengan Haizhu Square. Sebab ia punya banyak kedai, lokasi ini antara tempat best untuk membeli belah macam-macam barangan.
Mengikut info, di sini ada lebih dari 2,000 buah kedai dalam bangunan setinggi 6 tingkat. Antara yang dijual disini termasuk soft toys, hot toys, educational toys dan collection toys, gifts, pakaian, kasut tactical, barangan elektronik, perhiasan rumah, perkakas telefon dan macam-macam lagi. Ia beroperasi dari jam 10.00am sehingga jam 6.30pm. Stesen keretapi terdekat ialah Stesen Haizhu Square.
3. Zhing Shan Ba Kids City – Plaza Tempat Borong Barangan Bayi
Mereka yang bercadang nak meniaga barangan bayi, lokasi ini pasti menjadi pilihan anda. Ianya terletak di jalan Zhong Shan Ba. Kalau nak meniaga secara banyak, inilah tempatnya. Perlu diingat, kalau harga borong, bermakna kena beli dalam kuantiti banyak. Kalau untuk beli sepasang dua, memang tidak akan dapat harga murah.
Bangunan Zhing Shan Ba Kids City ini mempunyai 6 tingkat yang mana ia menjual produk seperti baju kanak-kanak, seluar kanak-kanak, pakaian bayi, stroller, botol susu, beg kanak-kanak, pakaian jeans kanak-kanak dan lain-lain. Ia dibuka pada jam 10.00am dan ditutup pada jam 6.30pm. Untuk ke sini, cari destinasi Stesen Zhong Shan Ba.
4. Jalan Xi Di er – Tempat Borong Aksesori Telefon dan Gajet
Plaza aksesori telefon ini berkumpul di Jalan Xi Di er (Xi Di Er Lu). Di sana sahaja ada 6 plaza di kiri dan kanan jalan. Yang menyeronokkan adalah di sini terdapat hotel dan lebih 2 restoran halal yang berdekatan. Bukan sahaja aksesori telefon, gajet seperti kamera kereta (Dashcam), CCTV dan tripod juga dijual secara borong di sini. Shopping sakan di sini beb.
Ia terletak sekitar 6 bangunan yang mana di dalamnya ada banyak produk aksesori aelefon, gajet, kamera CCTV, action camera, powerbank, casing, memory card dan macam-macam lagi. Ia dibuka pada jam 10.00am dan ditutup pada 6.30pm. Untuk ke sini mudah sahaja dengan berhenti di Stesen Guangzhou Metro terdekat, Culture Park.
5. Zhong Da Fabric Market – Plaza Tempat Borong Kain
Pencinta fesyen, kain dan pereka tudung atau jubah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk sampai di sini. Plaza yang dikenali sebagai Zhong Da ini sangat sibuk. Pembekal tempatan dan luar negara pasti berkumpul di sini. Plaza ini juga adalah salah satu dari dua Pasaran Fabrik terbesa di China. Lubuk shopping kain ni, sister!
Luas kawasan ini dengan ada lebih 20,000 buah kedai di dalam dan luar plaza. Antara barang yang dijual ialah kain pasang (kayu), lace, manik, zip, label & tagging, aksesori kain, langsir dan sticker. Seperti kedai lain, waktu operasi ialah dari jam 10.00am sehingga jam 6.30pm setiap hari. Stesen Guangzhou Metro terdekat iala di Sun Yat Sen University.
Ini antara info yang saya dapat kumpul setakat ini. Ya, ada banyak lagi tempat shopping menarik dan tempat shopping popular di Guangzhou, namun untuk habiskan dalam masa seminggu memang tidak cukup.
Sementara ini, kita pergi untuk survey market dulu. InsyaAllah, kalau ada peluang dan rezeki, kita akan ke Guangzhou lagi untuk memborong barang di China.
Sumber Info Terbaik dari : Akademi Borong China