Site icon Travel Blogger Malaysia

Senarai 9 Negeri Di Turki Paling Popular Kalangan Orang Malaysia

Ini Senarai 9 Negeri Di Turki Paling Popular Kalangan Orang Malaysia. Negeri-negeri ini selalu menjadi pilihan ramai pelancong dan menjadi itinerary utama Travel Agensi di sana untuk dicadangkan kepada hampir semua pelancong antarabangsa. Ia terkenal bukan sahaja kerana lokasi, malah kerana pemandangan yang cantik serta aktiviti pelancongan yang menarik.

Untuk informasi, negara Turki mempunyai 81 buah negeri dan bukan semua negeri yang ada di sini mempunyai destinasi yang menarik. Oleh yang demikian, pilihan lokasi terbaik sewaktu di sini akan memastikan anda betul-betul gembira dan puas hati sepenjang percutian anda di Turki, negara Mustafa Kamal Atartuk.

Baca : Turki Bersedia Untuk Buka Sempadan Musim Panas 2021

Senarai 9 Negeri Di Turki Paling Popular

 


Senarai 9 Negeri Di Turki Paling Popular Kalangan Orang Malaysia

Senarai 9 Negeri Di Turki Paling Popular Kalangan Orang Malaysia
 

Ramai yang pasti akan bertanya, lokasi mana paling menarik jika melancong ke negara Turki. Untuk memudahkan anda semua, kami kongsikan lagi perkongsian ini yang di ambil dari perkongsian mereka yang pakar tentang lokasi menarik di negara Turki. Sumber : Facebook Group Road To Turkey & Kaki Travel Istanbul

Top 10 negeri Turki selalu Orang Visit dan Must Visit :

1. ISTANBUL. Tidak perlu tulis banyak tentang İstanbul, kerana di sini ada macam macam benda menarik, dari segi Muzeum, makanan arab, makanan Turki, makanan Uzbekistan, baklava Hafiz Mustafa, karakoy gulluoglu, Kunefe Fatih. Kesimpulannya İstanbul destinasi wajib anda ke Turki.

2. BURSA. Selalu orang Malaysia kita nak rasa pengalaman berski di Uludağ Bursa. Boleh naik cable car feeling macam twilight dan jangan lupa makan Iskender Kebab dengan minyak daging yang dicurah sebelum makan.

3. CAPPADOCIA. Hot Air Balloon, Atv ride, sunset View, Underground City, Jeep Safari, Makan lauk dalam pasu tanah liat, Tidur di Cave Hotel macam orang dulu.
 


 

4. PAMUKKALE. Ada Hot Spring yang kita boleh rendam kaki manja manja, tetapi admin pun join mandi sekali. Belakang Hot springs ada Stadium zaman Rome dan ancient Ruin Hierapolis. Selain itu tak banyak sangat di Pamukkale.

5. KONYA. Tempat MEVLANA RUMi, Dipanggil sebagai kota Sufi negeri Konya ini. Kalau nak spiritual feelings dalam masa yang sama melancong, sesuai lah melawat Negeri Konya ini.

6. ANKARA. Capital city Turki, ada banyak office government termasuk Embassy Malaysia. Ada Anıtkabir, makam Mustafa Kemal Atatürk. Setiap hari ada pertukaran guard yang ramai orang nantikan. Masuk adalah Percuma.

7. SANLIURFA. Tempat Nabi Ibrahim dilahirkan dan ada tasik di mana Nabi İbrahim dipercayai dicampak oleh Raja Namrud. Sanliurfa pun ada banyak tempat2 nabi jadi boleh Jejak Rasul sambil melawat Sanliurfa ni.

8. RIZE. Orang Turki panggil Rize Mini Switzerland sebabkan view dia legend lagi lagi bila breakfast sambil tengok pemandangan kebun teh yang luas.

9. ANTALYA: RAMAi orang Europe datang sebab nak mandi pantai, jadi kalau anda suka mandi pantai, naik cruise, boleh lah visit Antalya.

Exit mobile version