Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Senarai Famous Travel Blogger Yang Saya Selalu Layari

Walaupun saya menulis tentang travel, saya juga punyai beberapa Senarai Famous Travel Blogger Yang Saya Selalu Layari hanpir setiap hari. Mereka-mereka ini menulis tentang pelbagai cerita berkaitan travel dalam negara dan luar negara serta menjadi inspirasi kepada ramai pembaca lain. Perkongsian mereka banyak membantu sesiapa saja yang sukakan travel.

Daripada senarai ini, 2 dari travel blogger ini dari Malaysia dan 3 lagi adalah penulis travel dari luar negara. Blogger Malaysia lain ada juga yang sebagus mereka tetapi memandangkan saya lebih kepada penulis kembara, mereka ini antara idola-idola penulis kembara saya.

Baca : Siapa Travel Blogger Malaysia Yang Terbaik?

famous travel blogger malaysia

 


Senarai Famous Travel Blogger Yang Saya Selalu Layari

Senarai Famous Travel Blogger
 

Kalau nak cerita tentang senarai travel blogger di Malaysia, memang ada ramai. Saya sendiri tak mampu nak baca satu persatu. Ada sesekali sempatlah melintas di ruangan Facebook dan ada juga sempat baca artikel mereka. Namun, senarai blogger di bawah antara yang selalu saya singgah.
 

Senarai Famous Travel Blogger-01

Wilson Ng, penulis blog www.placesandfoods.com

Ini antara Sifoo saya dalam penulisan Blog Travel. Seorang yang aktif di blog dan facebook. Menulis dalam bahasa Englih, dengan penulisan simple cara orang Malaysia. Info tentang travel dan makan-makan. Banyak juga info tentang menu makan tersembunyi dia kongsi di Media Social beliau, termasuk banyak destinasi makan menu halal. Pandai dia cari.
 

Famous Travel Blogger Pilihan

Senarai Famous Travel Blogger-02

Abang Fadli, penulis www.mytravellicous.com

Ini antara penulis yang berbeza sikit dari penulis lain. Tambah lagi, travel blogger Malaysia yang kini sudah kembali ke Malaysia, banyak berkongsi lokasi tempat menarik di Asia, Eropah, Tanah Arab dan banyak lagi. Kalau nak dikira lokasi yang dia teroka, jauh lebih banyak dari tempat yang saya pernah pergi. Banyak destinasi yang dia pergi, adalah destinasi pelancongan popular dunia dan tempat-tempat unik.
 

Senarai Famous Travel Blogger-03

Mr David Hogan, penulis senior dan otai di http://blog.malaysia-asia.my

Kami pernah beberapa kali sertai Media Trip bersama, khususnya media trip anjuran Tourism Malaysia. Seingat saya, kami pernah ke Pulau Pinang, Sabah danjuga sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Orangnya simple tetapi penuh dengan ilmu penulisan yang baik. Lama tak jumpa Bro David ni sejak beberapa tahun yang lepas, termasuk memasuki setahun lebih tahun pandemik Covid-19.

Tiga blogger di atas, boleh dikatakan antara famous travel blogger di Malaysia. Mereka memang sudah biasa dengan Media Trip Tourism Malaysia dan juga tourism antarabangsa.
 

Senarai Famous Travel Blogger-04

Nomadicmatt, penulis bagi website www.nomadicmatt.com

Beliau antara penulis blog yang saya folow sejak tahun 2015 lagi. Walaupun blognya dalam bahasa English, tetapi penulisannya sangat mudah untuk difahami. Penerangan yang mudah kami faham dengan koleksi gambar yang jelas, terang dan menarik. Antara pioneer dalam banya penulisan travel. Boleh kata ratusan bandar sudah dia terokai termasuk di Asia. Kerjanya, jalan-jalan saja. Bestnya…
 

Senarai Famous Travel Blogger-05

Pheobe dari Australia, penulis www.littlegreybox.net

Kami pernah berjumpa di Bangkok ketika Asean Blogger Meet anjuran AirAsia Bloggers Community. Dia antara penulis yang aktif sejak dulu dan kini aktf dalam Youtube dan video. Katanya dia buat fulltime sebagai Travel Blogger. Nampaknya, semakin lama semakin jauh da travel ke serata dunia.
 

Inilah dia 5 senarai famous travel blogger yang menjadi pilihan saya. Mungkin sebab saya sudah biasa dengan cara penulisan mereka maka saya memilih mereka untuk dijadikan ikon dalam content saya.

Semoga dunia pelancongan Malaysia dan dunia akan kembali pulih dengan secepat mungkin, supaya kami dapat kembali bekerja. InsyaAllah, selepas hampir 2 tahun terkurung, harapan kami penulis blog kembara di Malaysia supaya akan dapat kembali terbang ke serata dunia. Semoga tahun 2022 akan memberi kami passport perjalanan lebih jauh lagi. Amin…

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.