• Fri. Sep 22nd, 2023

Senarai Homestay Guest House Di Seoul Yang Murah

SENARAI HOMESTAY GUEST HOUSE DI SEOUL YANG MURAH

Percutian ke Seoul, Korea Selatan semakin menjadi pilihan percutian rakyat Malaysia dan ia semakin bertambah dari tahun ke tahun. Selain pakej percutian biasa, pakej percutian bajet hotel murah dan homestay murah di Seoul juga semakin popular di kalangan pelancong. Ini ialah entry Senarai Homestay Guest House Di Seoul Yang Murah.

Dua kali MrJocko ke Seoul, Korea Selatan, masih tidak berpeluang untuk merasai pengalaman menginap di hotel bajet murah atau homestay guest house murah yang terdapat di Seoul. Khabarnya, pakej penginapan di hotel bajet di Seoul atau Homestay di Seoul memberikan satu pengalaman yang lebih menarik, murah serta jauh lebih jimat jika melancong ke Seoul, Korea Selatan.

Homestay Guest House Di Seoul adalah pilihan penginapan murah yang membolehkan para tetamu untuk berjimat dalam kos penginapan mereka ketika melancong. Di Seoul kini, ada banyak rumah tumpangan yang diubahsuai menjadi homestay atau guest house (biasanya dengan dapur berkongsi dan bilik mandi berkongsi) yang murah dan sesuai dengan bajet terhad pelancong. Hotel murah, homestay atau bajet guest house ini wujud di kawasan pusat bandar berdekatan dengan destinasi pelancongan.

Baca : Hotel 5 Bintang Yang Sangat Selesa Di Korea Selatan

 


Senarai Homestay Guest House Di Seoul

SENARAI HOMESTAY GUEST HOUSE DI SEOUL YANG MURAH 1

SENARAI HOMESTAY GUEST HOUSE DI SEOUL YANG MURAH
 

Homestay Guest House Di Seoul adalah pilihan penginapan murah yang membolehkan para tetamu untuk berjimat dalam kos penginapan mereka ketika melancong. Di Seoul kini, ada banyak rumah tumpangan yang diubahsuai menjadi homestay atau guest house (biasanya dengan dapur berkongsi dan bilik mandi berkongsi) yang murah dan sesuai dengan bajet terhad pelancong. Hotel murah, homestay atau bajet guest house ini wujud di kawasan pusat bandar berdekatan dengan destinasi pelancongan popular.

 

Kadar sewa untuk hotel bajet homestay atau guest house untuk satu malam di Seoul biasanya sekitar KRW20,000 – KRW30,000 (RM60 – RM95) bagi setiap orang. Sebagai rumah tumpangan umumnya dilihat sebagai pilihan bajet, tetapi ia satu penginapan yang jauh lebih selesa. Namun, perlu diingatkan, servis perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan di homestay atau guest house ini mungkin berbeza-beza dari satu tempat ke tempat yang lain.

Di sini MrJocko senaraikan beberapa nama dan lokasi hotel bajet murah, Homestay Guest House Di Seoul bajet murah yang terkenal dan terdapat di Seoul, Korea Selatan.

Guest House Seoul i Guesthouse (Seoul i Guesthouse) Mapo-gu Seoul

Guest House IN Guesthouse (인 게스트하우스) Mapo-gu Seoul

Guest House Bridge Backpackers (브릿지 백팩커스) Mapo-gu Seoul

Guest House Momojumma House (모모줌마하우스) Eunpyeong-gu Seoul

Guest House Wonnie’s guesthouse (워니즈 디자인 게스트하우스) Mapo-gu Seoul

Guest House MAMA Guesthouse (마마하우스) Jung-gu Seoul

Guest House 24 Guesthouse Hongdae (24 Guesthouse 홍대) Mapo-gu Seoul

Guest House RO&JO HOUSE (RO&JO HOUSE) Mapo-gu Seoul

Guest House 24guesthouse (24 게스트하우스) Seodaemun-gu Seoul

Guest House Bona guesthouse (Bona guesthouse) Yeongdeungpo-gu Seoul

 

Homestay Guest House Di Seoul

Senarai Hotel Bajet Murah Homestay (Guest House) Di Seoul Korea Homestay Guest House Di Seoul

Senarai Hotel Bajet Murah Homestay (Guest House) Di Seoul Korea

Hotel Bajet Homestay Guest House Di Seoul

Sudah pasti apa yang ditawarkan di hotel bajet murah, Homestay Guest House Di Seoul, Korea ini tidak la sehebat hotel bertaraf 3 hingga 5 bintang, tetapi secara keseluruhan dari segi tempat tidur, bilik dan kemudahan asasnya adalah berbaloi untuk anda bayar dengan harga RM60 – RM95 bagi setiap orang.

Jika anda mencari pakej melancong murah ke Seoul dan tiada masalah dengan menginap di hotel bajet, homestay atau guest house bajet murah di sana, anda mungkin boleh rancang dan dapatkan senarai hotel bajet, homestay dan guest house murah tersebut di senarai yang telah MrJocko kongsikan di sini. InsyaAllah, penginapan bajet murah di Seoul ini akan memuaskan hati anda dan anda dapat melancong dengan bajet yang murah di Seoul atau seluruh Korea Selatan.

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

3 thoughts on “Senarai Homestay Guest House Di Seoul Yang Murah”
  1. Ingin ke Korea dan inginkan penginapan yang selesa, murah dan berbaloi? Kimchee Guesthouse Korea menawarkan kadar bilik yang sangat murah dengan harga bermula RM30 satu malam seorang! Lawati laman web kami untuk informasi lanjut, acara diskaun yang kami tawarkan dan TEMPAHLAH SEKARANG!

    https://kimcheeguesthouse.com/ms/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.