Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Senarai Model iPhone Sejak Tahun 2007 Hingga 2021

Ini Senarai Model iPhone Sejak Tahun 2007 Hingga 2021. Model-model ini sejak diperkenalkan ia semakin mendapat tempat dihati pengguna telefon pintar. Walaupun dikategorikan sebagai mahal oleh ramai pengguna, namun permintaan iPhone setiap tahun semakin bertambah.

Mengikut cerita, pada mulanya bermula dari konflik antara Steve Jobs dan abang iparnya yang bekerja di Microsoft, kemudian diyakinkan oleh seorang jurutera peringkat tinggi Perancis, Jean Marie Hullot, bekerja untuk Apple France untuk berbuat demikian. Projek dalam Apple Inc. untuk membangunkan iPhone bermula dengan permintaan pada tahun 2004 daripada CEO Steve Jobs kepada jurutera perkakasan syarikat Tony Fadell, jurutera perisian Scott Forstall dan jurutera reka bentuk Sir Jonathan Ive untuk mengusahakan “Project Purple” yang sangat sulit.

Baca : Perbandingan iPhone11 Pro vs Galaxy Note10+

Senarai Model iPhone Sejak Tahun 2007 Hingga 2021

 


Senarai Model iPhone Sejak Tahun 2007 Hingga 2021

Senarai Model iPhone Sejak Tahun 2007 Hingga 2021

Senarai Model iPhone Sejak Tahun 2007 Hingga 2021
 

Ivolusi telefon pintar ini dikatakan agak unik dan menukar perspektif masyarakat dunia tentang telefon bimbit.

Sejak ia mula diperkenalkan pada 9 Januari 2007 oleh Steve Jobs, model ini semakin lama menjadi pilihan masyarakat dunia. Entah kenapa, pandagan umum pemilik iPhone dikatakan up-to-date dan golongan bangsawan kerana harganya yang agak mahal berbanding dengan harga telefon bimbit jenama lain.

Bermula dengan iPhone 1st Generation pada tahun 2007, hingga ke hari ini ia sudah memilik 33 models dengan terbaru dilancarkan pada 8 Oktober 2021 dengan pilihan iPhone 13 Series.
 

Senarai Model iPhone Sejak Tahun 2007 Hingga 2021
 

Bermula dengan model iPhone 1st Generation, ia berkembang ke model iPhone 2, iPhone 3 dan iPhone 4. Kemudian, model iPhone 5 keluar dengan rangka yang agak petak, berbeza dengan model sebelum ini. Seterusnya, iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.

Model iPhone 7 Plus selepas itu, adalah model pertama iPhone yang mempunyai dua kamera dan juga fungsi Portrait Mode. Dan selepas dari kejayaan dual kamera ini, ia berkembang kepada model iPhone 8 series.
 

Senarai Model iPhone Sejak Tahun 2007 Hingga 2021
iPhone 7 Plus

 

Agak mengejutkan, bahawa iPhone tidak mengeluarkan model iPhone 9. Tidak pasti kenapa, dan ia nampaknya masih menjadi tanda tanya. Namun, antara alasan paling kukuh ialah kerana Apple ketika itu ingin meraikan tahun ke-10 mereka.

“It Was the iPhone’s 10th Anniversary
So far, it’s also the only iPhone to have a Roman numeral as a part of its name. It would indeed sound a little odd if Apple used the iPhone 9 to mark 10 years’ worth of iPhones. The number mismatch would perhaps cause even more confusion, so skipping the iPhone 9 made more sense.”
 

Selepas iPhone perkenalkan model iPhone X, ia kemudian melancarkan model iPhone 11 Series, iPhone 12 Series dan akhir tahun lepas iPhone 13 Series. Antara model yang terbaru ialah iPhone 13 Mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Max Pro.

Khabarnya, suku tahun ketiga tahun ini, Apple akan kembali dengan model terbaru, dan pastinya dengan kelebihan penambahbaikan terbaru dengan teknologi terkini.

Untuk pilihan harga iPhone di Malaysia boleh layari Apple Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.