Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Seni Lukisan Mural Di Athens Greece Ada Keunikkan Tersendiri

Greece bukan sahaja punyai keindahan landskap pemandangan yang cantik samada pemandangan laut, binaan bangunan lama serta sejarah Greek yang tersendiri. Tetapi juga mereka punyai banyak Seni Lukisan Mural Di Athens Greece Ada Keunikkan Tersendiri. Lukisan Mural Athens ada di setiap pelusuk bangunan, lebih-lebih lagi di pusat bandar.

Ada yang menganggap ia sebagai Vandalism, tetapi tidak kurang juga ada antara lukisan mural Athens ini punyai nilai komersil dan mesej unik yang tersendiri. Ia kalau dijaga dengan sebaiknya, boleh menjadi salah satu tarikan pelancong tempatan dan antarabangsa.

Baca : Tempat Best Di Athens Greece Wajib Lawat

 


Seni Lukisan Mural Di Athens Greece

mural athens
 

Mengikut pandangan peribadi MrJocko, seni lukisan mural yang lebih kepada tulisan dan gambar ini terhasil dari ‘pandangan’ pelukisnya untuk memberi tahu kepada umum tentang komen, kritikan dan luahan perasaan mereka.

Mungkin ia tidak dapat diluahkan dengan saluran yang betul, maka, dinding dan tembok bangunan menjadi sasaran mereka.

Pun begitu, walaupun ia mungkin asal bersifat seperti vandalism, tetapi jika di lukis dan digarap dengan baik, ia boleh menjadi satu produk dan hasil ‘art’ yang menarik.

mural athens

 

Gambar-gambar di atas adalah hasil tangkapan MrJocko ketika di Athens. Ia antara gambar mural Athens yang sempat MrJocko rakam ketika melancong ke Athens Greece baru-baru ini. Ada banyak lagi, namun tak sempat nak ambil kerana kesuntukkan masa.

Gambar dibawah pula ialah gambar yang MrJocko ambil dari sumber internet. Banyak juga rupanya koleksi Mural terbaik ada di Athens. Ia mungkin tidak diketahui ramai. Kalau dilihat dari segi hasil dan konsep yang ada, ia boleh dijadikan sebagai salah satu tarikan utama pelancong.

 

Mural di Athens mural athens Mural di Athens

 

Setiap lukisan mural Athens atau lukisn Mural di Greece ini punyai nilai maksud tersendiri. Ada yang mudah kita faham dan ada yang punyai nilai abstrak yang mungkin rakyat Greece sahaja yang ketahui.

Tetapi sebagai pelancong, ada mural yang sebegini jika dijaga sebaiknya akan menjadi salah satu destinasi pilihan untuk kami bergambar 🙂

Ada banyak lagi ‘hidden gems’ tentang mural arts Athens yang boleh korang lihat dan baca di laman web ini https://www.visitathensga.com/blog/post/the-murals-of-athens/ . Kalau ke Athens, mungkin boleh singgah di mana-mana lukisan art ini.

Terbang ke Athens dengan penerbangan FlyScoot dari KLIA melalui Singapura dan terus ke Athens Greece. http://www.mrjocko.com/2017/06/scoot-inaugural-flight-ke-athens-greece.html

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.