Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Seramai 4500000 Pelancong Masuk Malaysia Suku Pertama 2023

Malaysia merekodkan kedatangan seramai 4500000 pelancong asing setakat suku pertama tahun ini, kebanyakannya dari negara ASEAN, sekali gus menyaksikan perkembangan positif industri pelancongan negara. Bermakna, sejak Januari hingga Mac 2023, Malaysia telah menerima kebanjiran pelancong asing yang ramai dari segenap pelusuk dunia. Ini adalah petanda baik untuk ekonomi negara.

Menurut Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akhbar Khan, jika momentum berkenaan berterusan, pihaknya yakin dapat mencapai sasaran 16.1 juta kedatangan pelancong tahun ini yang dianggarkan akan menjana lebih dari RM49 bilion pendapatan dalam sektor pelancongan tempatan.

Baca : Pelancong Asing Ke Malaysia

4500000 Pelancong Masuk Malaysia Suku Pertama

 


Seramai 4500000 Pelancong Masuk Malaysia Suku Pertama

4500000 Pelancong Masuk Malaysia
 

4500000 Pelancong Masuk Malaysia

“Kejayaan ini antara lain disumbang oleh pemulihan kebanyakan negara daripada COVID-19 yang menyaksikan pembukaan sempadan negara, termasuk yang terbaharu pembukaan sempadan negara oleh China,” katanya kepada Bernama.

Sumber : Astro Awani

Menerusi kerjasama erat dengan Tourism Malaysia, Khairul Firdaus berkata, lebih banyak program dan inisiatif akan dilaksanakan dalam memastikan Malaysia terus menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia.

Ini sesuatu yang sebenarnya perlu ditekankan. Kalau boleh, biar ada diserata pelusuk Malaysia, tarikan baru setiap tahun supaya ia menjadi destinasi segar kepada pelancong asing dan pelancong tempatan.
 

4500000 Pelancong Masuk Malaysia

4500000 Pelancong Masuk Malaysia

4500000 Pelancong Masuk Malaysia

4500000 Pelancong Masuk Malaysia
 

Untuk informasi, selain negara-negara serantau, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Tourism Malaysia juga mengenal pasti tumpuan pasaran melibatkan negara Timur Tengah, China, India dan juga Eropah.

Kekayaan alam semula jadi dan keindahan Sabah, Sarawak serta negeri-negeri lain di Malaysia, khususnya Melaka, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, turut menarik kedatangan pelancong dari negara China, Eropah, Taiwan dan Korea.

Sebelum pandemik COVID-19, pelancong China merupakan pengunjung antarabangsa utama ke Sabah dengan 598,566 orang direkodkan pada 2019.

Kami yang terlibat secara langsung dalam industri pelancongan, memang berharap ia akan memberi impak positif kepada semua rakyat Malaysia, walaupun mereka bukan dalam bidang tersebut. Kesan dari industri pelancongan yang aktif dan meriah akan memberikan kemasukan wang yang banyak untuk negara secara amnya. Seterusnya akan membuatkan kerajaan akan meningkatkan infrastruktur yang lebih baik, pusingan ekonomi yang lebih baik dan taraf hidup negara yang lebih baik.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.