Site icon Travel Blogger Malaysia

Serlahkan Kasih Sayang Dengan Kuih Raya Planta

Planta, salah satu jenama marjerin yang terkenal di Malaysia sejak bertahun lamanya mengadakan Bengkel Amal Kuih Raya selama tiga hari bertempat di Mydin USJ Subang Jaya pada Sabtu, 27 Julai 2013. Kemeriahan Ramadhan dan Syawal tahun ini diserikan lagi dengan usaha Planta dengan meraikan 65 anak-anak Yatim bagi memberikan sedikit ‘kasih sayang ibu’ dalam setiap masakan kuih raya Planta.

 

 

 

 

Planta mengambil inisiatif dalam menggerakkan tanggungjawab sosial dengan meraikan anak-anak yatim dari Rumah Perlindungan Al Nasuha Batu Caves, Gombak dengan menaja Bengkel Amal Kuih Raya sempena dengan kehadiran Aidilfitri 2013.

 

Pengalaman kami sebagai peserta bengkel amal ini mengimbas kembali kenangan membuat kuih raya ketika lebaran bersama ibu, ayah dan adik beradik. Suasana ini yang Planta mahu kongsikan bersama anak-anak yatim ini untuk merasai sentuhan kasih sayang seorang ibu dengan bengkel masakan kuih raya ini. 

 

 

 

 

 

 

 

MrJocko, wife dan anak-anak sangat bertuah kerana dapat berkongsi pengalaman dan menjadi sebahagian dari inisiatif Planta membantu golongan yanag kurang bernasib baik seperti Rumah Perlindungan Al Nasuha Batu Caves, Gombak.

 

 

 

 

rasa Planta yang sedap,,, tak sabar nak makan kuih raya

 

 

 

Di hari dan bulan yang mulia ini, sama-sama kita sokong usaha murni seperti yang dilakukan oleh Planta (Unilever) dan semoga usaha kita yang sedikit ini memberi senyuman dan kasih sayang buat insan-insan yang tidak bernasib baik seperti mereka, Amin.

 

Exit mobile version