Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Seronok Memanjat Dinding Di Urban Playz Midvalley

Rupanya di Midvalley Megamall ada satu lokasi sukan lasak, tempat yang mana anda boleh mencuba memanjat dinding. Ini bukan dinding biasa, tetapi sukan lasak ‘wall climbing’ di Urban Playz. Kalau nak cuba boleh ke Tingkat 3 Midvalley Megamall berdekatan dengan GSC Midvalley.
MrJocko pun baru jer perasan benda tu ada kat sana. Plan asal ingat nak cuba, tapi terasa takut. Hehehe, biasa la, dah tua, takut tak larat nak panjat. Kaki ketar, kurang stamina ;). So, MrJocko suruh anak sulung, Khalisha cuba.
 

Tengok la aksi Khalisha mencuba aktiviti terbarunya, wall climbing di Urban Playz. Ingatkan dia takut, rupanya berani jugak di naik satu persatu tangga kat dinding tu. Nampak mudah jer kan? Tapi cuba dulu baru tahu.

Khalisha ambil masa 1 minit untuk naik sampai ke puncak, lepas tu dia dah takut bila dah terpandang bawah. Apa pun, Daddy bangga yang anak Daddy berani panjat sampai atas… Go go go Khalisha.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.