Service Review Penghantaran UPS Parcel Japan Kuala Lumpur
|Sejak 5 tahun lepas, kami buat perniagaan kecil barangan preloved dari Jepun. Barangan terpakai yang masih boleh digunakan serta produk vintage dari sana, kami kumpul, kami beli dan kemudian meminta ejen kami di sana untuk membuat penghantaran ke Malaysia. Untuk anda yang nak tahu bagaimana nak hantar barang dari Jepun ke Malaysia, boleh baca entry ini, Service Review Penghantaran UPS Parcel Japan Kuala Lumpur.
Ada banyak syarikat penghantaran courier dari Jepun beroperasi untuk menghantar barangan dari Jepun ke Malaysia. Antara yang terkenal ialah EMS, Airmail, Fedex, UPS, DHL dan juga beberapa syarikat lain. Mereka antara syarikat trusted courier bertaraf antarabangsa.
Baca : Berapa Lama Tempoh Lazada Hantar Barang Online
Service Review Penghantaran UPS Parcel Japan Kuala Lumpur
Kali ini, saya nak kongsi pengalaman sendiri menghantar barangan seberat 10kg – 15kg menggunakan servis penghantaran UPS dari negara Jepun menuju ke Malaysia.
Kalau diikutkan dari informasi awal, kononnya servis yang mereka offer adalah untuk servis penghantara dari 2 – 4 hari dari Jepun akan sampai ke Malaysia. JANGAN PERCAYA! Ini semua ‘tactic’ dan marketing strategy sahaja.
Kami sudah menggunakan khidmat penghantara UPS antarabangsa ini dari Jepun ke Malaysia dan barang yang kami terima melebihi dari 5 hari selepas ia dihantar dari gudang simpanan kami di Jepun.
Sila semak rekod penghantaran yang telah kami buat pada bulan April 2021, Mei 2021 dan juga Jun 2021.
Penghantaran bulan April dalam tempoh 3 Hari, Menakjubkan!
Penghantaran bulan Mei 2021, 7 hari, lambat 3 hari (termasuk Sabtu dan Ahad)
Penghantaran kedua di bulan Mei 2021, makan masa 5 hari.
Penghantaran Ogos 2021, sudah 7 hari dan belum terima
Service Review Penghantaran UPS Parcel Japan Malaysia
Masalah utama bila anda menggunakan perkhidmatan UPS, mereka menyediakan pautan untuk carian UPS Tracking No Malaysia, namun informasi di dalam carian ini sangat lambat dikemaskini.
Dalam kes kami, memasuki jam 3.00 petang, 10 Ogos 2021, namun informasi di pautan carian masih di tarikh 2.00 petang, 9 Ogos 2021.
Oleh itu, untuk anda yang bercadang untuk terima barangan anda dengan cepat, saya tidak syorkan anda menggunakan perkhidmatan penghantara dari syarikat ini. 4 kali kami guna servis mereka, sangat tidak berbaloi.
Ya, harga mereka agak murah berbanding Fedex dan DHL. Namun untuk servis keseluruhan, ia mungkin satu pilihan akhir jika anda nak jimat sedikit untuk bayaran kos penghantaran.
Untuk barangan yang melebihi berat sekitar 5kg ke atas, kos penghantaran dengan UPS muraha sedikit berbanding dengan Fedex dan DHL (untuk tawaran penghantaran 2 – 4 hari). Namun, jika ia barangan yang dibawah berat 5kg ke bawah, saya lebih suka untuk memilih penghantaran syarikat Fedex.
Hingga kini, saya masih menunggu informasi terkini tentang lokasi barang saya yang pada mulanya dikatakan akan dihantar pada 5 Ogos 2021, kemudian ditukar kepada 9 Ogos 2021, semalam.
Update Terkini : Jam 3.30pm, 10 Ogos 2021, kami masih belum menerima barang yang kami pos sejak 3 Ogos 2021. Memasuki 7 hari dan kami masih menunggu.