• Wed. Oct 4th, 2023

Servis Big Apple Donuts & Coffee Midvalley Kedekut

photo-762016

My kids, Khalish dan Hasya memang suka makan donut. Jadi kalau singgah di Midvalley, memang kami akan singgah di Big Apple Donuts & Coffee di LG. Selalu memang Wife jer layan my kids untuk beli donuts yang diorang suka. MrJocko just tunggu kat depan. Tak sangka rupanya Kaunter Big Apple Donuts & Coffee di Midvalley ni KEDEKUT.

Semalam MrJocko singgah lagi kat sana, Big Apple Donuts & Coffee Midvalley. Anak-anak nak beli donuts untuk dibawa pulang. So, kami singgah beli 6pcs Donuts (1/2 Dozen set) dan air Ribena Botol. Kata Wife, kat kaunter bayaran, dia ada mintak cup 1 pcs, tetapi staff kata tak boleh bagi. Adei,,, kedekutnya… 

Servis teruk Big Apple Donut 

Ni pandangan MrJocko sebagai pengguna untuk Big Apple Donut & Coffee Midvalley :

1. Bila pelanggan beli AIR di outlet anda dan mereka minta cup, bagi la. Costumer dah beli barang di kedai anda, tetapi anda kedekut dengan pelanggan. Kalau rasa ia tidak berbaloi, setiap cup tu charge la RM0.20 ke setiap satu. Donut RM2.60 boleh beli, setakat cup RM0.20 mesti pelanggan boleh bayar.

2. Samada pelanggan beli satu atau banyak, bagi la TISU untuk pelanggan. Semua maklum kalau makan donuts mesti guna tangan dan akan mengotorkan tangan. TISU ialah sesuatu yang mesti bagi. Tak perlu la nak tunggu pelanggan mintak. (Ada info kata kalau nak TISU di Big Apple Donut & Coffee kena bayar ekstra? Betul ke?)

Pendapat MrJocko, kalau betul brand Big Apple Donuts & Coffee dah besar dan gah, jangan la sampai memperlekehkan pelanggan. Kedekut sangat dengan pelanggan sampai cawan kertas (cup) dan tisu pun nak berkira. Jangan sampai pelanggan pula yang berkira-kira boikot makan Big Apple Donuts pulak.

Kat Malaysia banyak lagi kedai Donuts seperti J.Co Donuts, Dunkin Donuts dan lain-lain. Mana la tau kan, kalau satu hari nanti orang tak nak makan Big Apple Donuts lagi,,,

Glamorous MrJocko

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.